24 OGOS: Tentera laut rejim Zionis Israel menyerang nelayan-nelayan Palestin dan bot-bot mereka semalam dalam lingkungan kurang satu batu nautika di barat Pelabuhan Gaza.
Memetik laporan Palestinian Information Center, penyelaras kesatuan nelayan Gaza, Zakariya Bakr berkata, bot-bot tempur Israel meningkatkan serangan keganasan mereka baru-baru ini terhadap bot-bot nelayan.
Sebelum ini, mereka melancarkan serangan dalam lingkungan tiga batu nautika dari pesisir pantai Gaza.
Menurut beliau, tindakan tentera laut rejim Zionis menyekat kegiatan perikanan di laut Gaza yang berterusan selama tujuh hari berturut-turut telah menjejaskan pendapatan nelayan-nelayan dan menambah penderitaan keluarga mereka.
Sebelum ketegangan terbaharu di Gaza, tentera laut Israel kerap menyerang dan membuli nelayan-nelayan Gaza hampir setiap hari tanpa sebarang sebab.
Di bawah Perjanjian Oslo 1993, nelayan-nelayan Palestin dibenarkan menangkap ikan sehingga 20 batu nautika dari pantai Gaza.
Namun, rejim Zionis Israel tidak menghormati perjanjian itu dan mengehadkan kegiatan perikatan antara enam hingga tiga batu nautika dari pantai.