nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sidang Dewan Rakyat ditangguh 30 minit akibat banjir

15 OKT : Persidangan Dewan Rakyat sesi pagi hari ini ditangguhkan ke jam 10.30 pagi susulan ada sebahagian wakil rakyat terperangkap banjir ketika dalam perjalanan ke Parlimen.

Beberapa kenderaan terperangkap ekoran laluan menuju ke Parlimen dinaiki air selepas hujan lebat melanda sejak awal pagi tadi.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan penangguhan itu selaras dengan Peraturan Mesyuarat 12 (2).

“Yang Berhormat, di luar sana, hujan terlalu lebat dan beberapa jalan telah pun naik air. Ramai ahli Yang Berhormat yang telah terperangkap dalam banjir tersebut.

“Oleh yang demikian, saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 12 (2) untuk menangguhkan mesyuarat ini sehingga jam 10.30 pagi. Terima kasih,” katanya.

Tular di media sosial beberapa klip video menunjukkan kenderaan terperangkap banjir kilat di Jalan Parlimen, pagi tadi.

Sementara itu, laporan media menyebut beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mengalami banjir kilat termasuk kejadian tanah runtuh di Taman Melawati serta pokok tumbang.

Lebuhraya Smart Expressway (SMART) turut ditutup sebagai persediaan operasi banjir.

Antara kawasan lain yang terjejas akibat banjir di ibu negara kawasan sekitar Parlimen termasuk Jalan Parlimen menuju ke Bukit Aman (Kuala Lumpur); susur Jalan Duta dan Jalan Sultan Abdul Halim, kampus Universiti Malaya, Wisma Central dan Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.