nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pindaan RUU Perlembagaan berkait kewarganegaraan diluluskan

17 OKT : Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan diluluskan Dewan Rakyat dengan undian melebihi dua pertiga, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan keputusan itu selepas undi belah bahagi dengan 206 ahli Parlimen bersetuju, satu tidak bersetuju manakala 14 tidak hadir.

“Jumlah ialah seramai 221 manakala satu lagi tidak mengundi kerana digantung,” kata Johari ketika mengumumkan keputusan tersebut.

RUU yang dibentang Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu dibahaskan seramai 70 wakil rakyat.

Antara lain pindaan itu memperuntukkan hak sama kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan dengan ibu warganegara akan memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara.

Ketika sesi penggulungan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata KDN akan mempercepat proses permohonan bagi mendapatkan kewarganegaraan di mana semua permohonan yang belum selesai akan diputuskan selewat-lewatnya 17 Oktober tahun depan.

“Setakat semalam KDN meluluskan sebanyak 19,317 permohonan kewarganegaraan. Statistik terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kelulusan sejak tahun lalu adalah 32,153 permohonan, dengan 80 peratus membabitkan kes yang melebihi lima tahun,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Saifuddin lagi, kerajaan sudah meneliti dan menambah baik prosedur pengendalian standard permohonan di mana keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh setahun termasuk alasan ditolak.

“Bagi memastikan proses permohonan kewarganegaraan itu telus, satu prosedur operasi standard (SOP) juga telah dibangunkan. Terutama bagi permohonan paling tinggi Perkara 15A iaitu anak tak sah taraf, anak angkat, anak jagaan dan 19(1) iaitu permohonan naturalisasi.

“Pada hari ini saya nak sebut bahawa SOP bagi kedua-dua fasal ini juga telah siap kita sediakan dan diberi kelulusan oleh jemaah menteri,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.