nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan sedia pelan evakuasi jika MALBATT diarah berundur

23 OKT : Kerajaan telah bersedia dengan pelan evakuasi sekiranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) memutuskan untuk mengeluarkan pasukan misi pengaman di Lubnan termasuk Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11, susulan ketegangan di negara tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya telah berbincang dengan PBB berhubung perkara itu dan sebarang keputusan untuk berundur atau sebaliknya memerlukan mandat pertubuhan dunia tersebut kerana Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di bawah panji-panji PBB.

“Kita telah menyuarakan supaya Majlis Keselamatan PBB (UNSC) melihat keberadaan UNIFIL di Lubnan untuk kita buat gerak kerja bila nak keluarkan (MALBATT), Malaysia tak boleh secara unilateral membawa keluar anggota…PBB akan membuat pengunduran secara bersama.

“Kementerian Luar telah bincang dan hanya menunggu masa, sebaik sahaja kita mendapat mesej daripada pegawai pemerintah di Lubnan, bila sahaja mereka mengatakan perlu dikeluarkan maka gerakan untuk evakuasi tentera pengaman PBB termasuk Malaysia akan dibuat secepat mungkin,” katanya, lapor Bernama.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 200 penerima di Parlimen tersebut termasuk kepada persatuan, rumah ibadah, sekolah dan mahasiswa keseluruhan berjumlah RM129,000.

Mohamad berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan keselamatan lebih 800 anggota MALBATT 850-11 dan wakil tetap Malaysia ke PBB sentiasa berbincang, dengan sebarang keputusan berhubung situasi di Lubnan akan dimaklumkan kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF).

“Buat masa ini belum ada (keputusan) tapi modus operandi, pelan evakuasi semua dah siap termasuk nak bawa ke mana dan sebagainya. Ini adalah di bawah kuasa PBB bukan kehendak negara secara bersendirian, kita tak boleh buat…kalau nak buat boleh tapi akan berbelanja besar dan tidak ada jaminan semasa evakuasi, jika berlaku apa-apa tiada yang akan melindungi kita,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata isu perubahan iklim dan jurang kemiskinan antara negara kecil antara yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-27 di Apia, Samoa.

“Saya juga akan membawa suara Malaysia iaitu menyatakan bahawa (suara) negara Komanwel mesti kedengaran, kalau tidak orang fikir Komanwel macam dah tak ada. Saya juga nak supaya negara Komanwel memperjuangkan soal hak asasi dan genosid di Gaza.

“Kalau dahulu kita boleh menamatkan dasar apartheid di Afrika Selatan, mengapa tidak lakukan perkara sama di Palestin…jadi saya wakil kepada perdana menteri bawa suara Malaysia untuk pastikan keberadaan Komanwel dapat dirasai dunia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.