nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1MDB : Najib mohon maaf kepada rakyat Malaysia

24 OKT : Bekas Perdana Menteri yang kini sedang menjalani hukuman penjara, Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berkait skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib melalui kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar mendakwa dirinya sudah pun menerima hukuman tanggungjawab yang dipikulnya meski jelas beliau bukan dalang skandal itu.

Bekas menteri kewangan itu juga menegaskan beliau tidak pernah bersengkongkol dengan Jho Low yang merupakan individu utama kes itu.

‘’Saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang-undang. Saya masih lagi terkejut apabila mengetahui kepincangan, perbuatan yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan serta pelanggaran undang-undang yang berlaku dalam 1MDB.

‘’Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC dan 1MDB. Namun dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk perkara yang saya tidak mulakan atau sengaja benarkan adalah tidak adil kepada saya.

“…dan saya berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada saya dan membuktikan saya tidak bersalah,’’ kata Najib.

Mohamad Nizar membacakan kenyataan bapanya itu pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kenyataan sama, Najib mendakwa beliau tidak sedar PetroSaudi mengalih dana 1MDB dan secara tidak sengaja menerima wang daripada dana tersebut yang dihantar 1MDB kepada PetroSaudi.

‘’Walaupun sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur mempercayai pada masa itu bahawa dana yang saya terima adalah merupakan sumbangan politik daripada Kerajaan Arab Saudi.

‘’Sepertimana yang telah ditetapkan dalam prosiding mahkamah, memang terdapat dua sumbangan besar yang disahkan pada tahun 2010 diterima daripada Kerajaan Arab Saudi.

‘’Sumbangan tersebut tidak pernah menjadi subjek dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil,’’ katanya.

Najib akui beliau sepatutnya mengambil tindakan berbeza sebaik wujud kebimbangan pelbagai pihak yang mempersoalkan 1MDB.

“Saya telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan, namun saya cenderung untuk mempercayai ulasan oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB.

“Apabila saya mula curiga tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam 1MDB, kebimbangan utama saya adalah kepada usaha memulihkan kedudukan kewangan dan risiko yang ditimbulkannya terhadap hubungan diplomatik dua hala pada peringkat tertinggi,” katanya.

Permohonan maaf tersebut dibuat enam hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.

Dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi sekarang, Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, akan memutuskan sama ada untuk memanggil Najib membela diri atau membebaskannya daripada pertuduhan berkenaan.

Najib telah dikenakan sejumlah 42 pertuduhan dalam empat perbicaraan jenayah berasingan yang berkaitan dengan 1MDB.

Beliau kini sedang menjalani hukuman penjara yang dikurangkan kepada enam tahun selepas mendapat pengampunan, setelah disabitkan kesalahan menyalahgunakan RM42 juta dana milik SRC International (SRC).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.