nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia lihat sinergi besar antara ASEAN, BRICS

25 OKT : Malaysia melihat sinergi yang besar antara ASEAN dan BRICS apabila negara mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, menggalakkan keterangkuman dan kemampanan, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata Malaysia berhasrat untuk memperlihatkan kepimpinan serantau negara dalam semikonduktor, peralihan tenaga dan kewangan Islam.

“Sudah tentu, permohonan Malaysia kepada BRICS tertumpu untuk membina perkongsian ekonomi, memperkukuh hubungan perdagangan dan mengembangkan potensi pertumbuhan kami,” katanya menerusi kenyataan negara oleh Malaysia pada Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, Rusia pada Khamis, lapor Bernama.

Ucapan Rafizi disiarkan secara langsung di platform X rasmi beliau, malam tadi.

“Sama ada ia adalah ASEAN atau BRICS, terdapat persamaan dari segi prinsip kita. Apabila sebahagian negara di dunia menumpukan kepada aspek dalaman, kami kekal teguh dan akan terus melibatkan diri secara terbuka,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia sedang merangka kedudukan baharu untuk negara ini menjalankan peranan sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025.

“Antara yang berakar umbi dalam diplomasi ekonomi apabila pemusatan dan keberkecualian kami mengeratkan ASEAN dan BRICS, dan apabila kami menjadi pusat tumpuan utama bagi negara yang berhasrat menongkah trend global,” katanya.

Rafizi berkata Malaysia turut menggesa agar gencatan senjata dilakukan segera dan dikekalkan di samping membenarkan akses kemanusiaan tanpa had ke Gaza.

Selain itu, katanya Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan yang mencederakan beberapa pasukan pengaman.

“Negara-negara Global South terus terpinggir serta masih kurang diwakili, dan kebangkitan dasar perlindungan yang menjejaskan negara-negara kecil untuk terus maju,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, penghalang kepada pembiayaan pembangunan melewatkan pembinaan infrastruktur penting dan hutang global yang semakin meningkat telah menjadi halangan kepada pertumbuhan.

Menurutnya, bagi Malaysia, BRICS bukan sekadar memerangi kekangan ini, malah adalah penyelesaiannya.

“Apabila dunia menjadi multipolar, BRICS telah menjadi pengimbang balas yang kritikal. Sekiranya negara anggota boleh memanfaatkan hubungan ekonomi yang lancar, potensinya adalah eksponen,” katanya.

Rafizi berkata, dengan menggalakkan integrasi ekonomi yang lebih besar, negara-negara membangun akan memiliki lebih banyak peluang dalam pelaburan infrastruktur, pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti.

Malaysia telah diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara yang disenaraikan secara rasmi dalam BRICS sebagai negara rakan, sebuah blok yang secara kolektif menyumbang satu perlima daripada perdagangan global.

Selain Malaysia, 12 negara lain adalah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Blok ini mewakili kira-kira 40 peratus daripada populasi global dan secara kumulatif menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$26.6 trilion (RM115.4 trilion) atau 26.2 peratus daripada KDNK dunia, hampir menyamai kekuatan ekonomi kumpulan G7.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.