26 OKT : Polis menafikan berlaku insiden sebuah pesawat Boeing 737 membawa 77 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, ia hanya simulasi kecemasan mengendalikan insiden pesawat terhempas dengan pembabitan bersama beberapa agensi penyelamat.
“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut memantau latihan malam tadi,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.
Terdahulu, tular laporan berhubung insiden pesawat terhempas yang menyebabkan 10 maut dan 67 lagi cedera di aplikasi WhatsApp.