nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia hargai sokongan Ethiopia dalam BRICS

26 OKT : Malaysia menghargai sokongan kuat dan tegas Ethiopia dalam usaha negara untuk menjadi rakan BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata Ethiopia sebagai negara anggota BRICS telah menjadi tonggak penting dalam permohonan Malaysia untuk menyertai blok tersebut, yang secara kolektif merangkumi satu per lima daripada perdagangan global.

“Sebagai wakil kerajaan, saya ingin sekali lagi menyatakan penghargaan mendalam kami,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, hari ini.

Sidang media tersebut diadakan selepas pertemuan dua hala sempena lawatan kerja pertama Abiy ke Malaysia selama dua hari.

Malaysia secara rasmi diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan baharu dalam BRICS, pada Khamis.

Selain Malaysia, 12 negara lain ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

BRICS yang pada asalnya merangkumi Brazil, Rusia, India, dan China, ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama bagi ekonomi yang sedang membangun dengan penyertaan Afrika Selatan pada tahun 2010.

Sejak itu, blok tersebut telah berkembang untuk termasuk Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.

Anwar kemudian berkata bahawa Ethiopia telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa sepanjang tahun dan telah menjadi rakan kongsi penting bagi Malaysia di benua Afrika.

Beliau menyoroti beberapa kemajuan yang patut dipuji oleh negara yang tidak mempunyai akses kepada laut itu, termasuk dalam aspek ekonomi, tadbir urus, inisiatif anti-rasuah, kualiti pendidikan dan syarikat penerbangannya.

“Saya percaya bahawa dengan sikap rendah hati, Malaysia seharusnya mencontohi kejayaan anda, belajar daripada pengalaman anda dan berusaha untuk memastikan Malaysia kekal sebagai negara yang stabil dan aman sambil mempersiapkan ekonominya,” kata Anwar.

Sementara itu, Abiy berkata behawa kedua-dua negara bersetuju untuk memperdalam kerjasama dalam beberapa bidang utama, termasuk pertanian, industri, perlombongan, perdagangan, dan pelaburan.

“Terdapat banyak peluang di kedua-dua pihak. Perbincangan yang berlangsung sangat bermanfaat dalam memperkukuh kerjasama kita di semua sektor.

“Saya menggalakkan perniagaan Malaysia untuk mengambil peluang di Ethiopia, yang merupakan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Terdapat banyak prospek yang tersedia,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan pimpinan beliau komited untuk menyokong sektor swasta dari Malaysia.

Abiy menekankan bahawa hubungan diplomatik yang telah terjalin antara Ethiopia dan Malaysia selama lebih daripada setengah abad, perlu diperbaharui dan diperkukuhkan melalui lawatan seumpama ini.

Beliau turut menyatakan bahawa sektor swasta, pelancongan, dan hubungan antara kerajaan akan memperkuat hubungan dua hala.

Dalam pada itu, Abiy berkata Ethiopia berminat untuk mempelajari tentang pentadbiran Persekutuan dari Malaysia, usaha memodenkan bandar-bandar dan membina infrastruktur.

Terdahulu, Abiy dan Anwar mengadakan pertemuan peribadi untuk membincangkan hubungan dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Pagi ini, Abiy diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra.

Abiy yang disertai Wanita Pertama Zinash Tayachew Bere dan delegasinya, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangann Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi, semalam.

Ethiopia merupakan rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada tahun 2023 dengan imbangan dagangan berpihak kepada Malaysia.

Perdagangan antara Malaysia dan Ethiopia direkodkan pada RM446.8 juta, dengan eksport Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, mencatatkan peningkatan sebanyak 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Produk yang dieksport Malaysia ke Ethiopia termasuk elektrik dan elektronik, minyak sawit serta barangan pertanian berasaskan minyak sawit, bahan kimia dan produk berasaskan bahan kimia, serta tekstil, pakaian dan kasut.

*Foto:Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.