nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harga sawit melonjak catat paras tertinggi dalam 2 tahun

1 NOV : Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat setelah mencatat kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut, mencapai paras tertinggi baharu dalam tempoh dua tahun.

Komoditi itu diniagakan melebihi RM4,800 setan di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga minyak sawit, David Ng.

Beliau berkata eksport yang lebih kukuh telah meningkatkan sentimen pasaran kerana permintaan yang lebih tinggi untuk minyak sawit boleh menyebabkan paras stok menjadi lebih rendah di negara ini.

“Kami mendapati harga disokong dengan baik melebihi RM4,700 setan dengan paras rintangan serta-merta pada RM5,000 setan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics, Sathia Varqa berkata larangan terhadap eksport MSM dari Thailand sehingga Disember baru-baru ini yang bertujuan menangani tahap pengeluaran yang lebih rendah dan menstabilkan harga tempatan telah mencetuskan kegilaan pembelian dalam niaga hadapan MSM.

Dilaporkan baru-baru ini Jabatan Perdagangan Dalam Negeri Thailand telah mengharamkan sementara eksport minyak sawit mentah kerana pengeluaran berkurangan disebabkan oleh kemarau dan penyakit pokok.

Larangan eksport itu mempunyai implikasi yang ketara terhadap landskap minyak sawit global, terutamanya apabila Thailand menduduki tempat ketiga pengeksport terbesar MSM ke India, selepas Indonesia dan Malaysia.

“Dengan kekangan bekalan ini, pengeksport Malaysia berupaya memanfaatkan peluang itu, terutamanya memandangkan harga eksport Indonesia agak tinggi,” katanya.

Prospek eksport Malaysia yang lebih tinggi terutamanya untuk MSM disebabkan jangkaan prospek pasaran mengalami bekalan terhad sudah memadai untuk menaikkan kontrak Januari kepada paras tertinggi lebih dua tahun, tambahnya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2024 dan Disember 2024 masing-masing melonjak RM176 kepada RM4,976 dan RM4,914 setan dan Januari 2025 meningkat RM172 kepada RM4,868 setan.

Kontrak Februari 2025 naik sebanyak RM174 kepada RM4,808 setan, Mac 2025 menambah RM166 kepada RM4,726 setan dan April 2025 meningkat RM161 kepada RM4,637 setan.

Jumlah dagangan turut meningkat kepada 83,410 lot daripada 82,918 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 246,507 kontrak daripada 246,955 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk November Selatan melonjak RM180 kepada RM4,980 setan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.