nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPRM siasat kerugian PNB, Khazanah labur dalam FashionValet

2 NOV : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menyiasat kerugian Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) susulan pelaburan dalam FashionValet melibatkan RM43.9 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan itu perlu dijalankan ekoran kerugian pelaburan itu melibatkan dana awam.

“Saya telah mengarahkan para pegawai saya untuk memulakan siasatan kerana perkara ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam.

“Jadi siasatan perlu (dilakukan) sama ada terdapat unsur-unsur jenayah atau tidak…atau hal-hal lain berkaitan isu tatakelola,” katanya lapor Astro Awani.

Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet kepada syarikat bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.

Pada Khamis, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Khazanah, PNB dan FashionValet memberikan penjelasan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu dalam FashionValet.

Khazanah mejelaskan, penjualan itu bagi mengalih pemilikan kepada pihak baharu yang berupaya memacu syarikat ke arah trajektori pertumbuhan sejajar dengan tempoh pegangan pelaburan yang telah mencapai matlamat.

Sementara itu, PNB dalam kenyataan pada Jumaat menegaskan pelaburan dibuat itu menggunakan dana proprietari PNB dan bukannya dana amanah saham di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang dilanggan orang awam.

“Walaupun kesal dengan kerugian yang dialami sebanyak RM18.7 juta selepas menerima hasil jualan sebanyak RM1.3 juta tetapi ini harus dilihat dalam konteks aset pelaburan bernilai RM337 bilion yang diuruskan oleh PNB dan RM16.4 bilion dalam pendapatan pelaburan yang dijana selepas mengambil kira kerugian pada TK23,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, usahawan fesyen yang juga Ketua Pegawai Eksekutif FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang merupakan Pengarah Eksekutif membuat permohonan maaf serta mengumumkan akan melepaskan jawatan mereka dalam syarikat itu.

Menurut Vivy, kegagalan itu berpunca daripada tindakan pelaburan terlalu banyak ke dalam sistem teknologi dan memperbesarkan pasukan dengan terlalu cepat.

Selain itu, keputusan pembukaan terlalu banyak kedai runcit fizikal selepas menjangkakan kemajuan berterusan turut menjadi punca selepas pandemik melanda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.