nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak perlu orang luar tentukan hala tuju GRS

8 NOV : Semua pihak diingatkan agar tidak campur tangan dalam urusan parti kerajaan di Sabah terutama dalam soal kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhak menentukan hala tuju parti itu.

“Jadi, saya ingat kerjasama yang terjalin di antara Parti Gagasan Rakyat Sabah dalam GRS sekarang ini dengan Pakatan Harapan (PH) Plus itu cukup baik, cukup mesra sekarang ini kerana kita dalam kerajaan.

“Bagi saya, tidak perlulah orang luar atau pun parti lain menentukan apa yang patut kita buat, kita sebagai kerajaan, kita yang menentukan hala tuju kita dan kerjasama kita dengan siapa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program audio siar sempena Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah 2024, hari ini.

Beliau diminta mengulas soal kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi PRN Sabah tidak lama lagi.

Dalam perkembangan berasingan, Hajiji yang juga Pengerusi GRS menyelar pihak tertentu yang memperlekeh slogan Sabah Maju Jaya diperkenalkannya sebelum ini.

“Sebenarnya kita mahu memperkasakan Sabah Maju Jaya dan kebetulan saya ambil (slogan ini) untuk menekankan hala tuju kita yang kita fokus kepada pertanian, perindustrian dan juga pelancongan.

“Kenapa saya guna Sabah Maju Jaya ini, yang dulu mereka tidak pakai cogan kata ini, kerana setiap negeri ada cogan katanya dan ada slogan yang mereka pakai, contohnya di Sarawak, ‘Sarawak Maju Makmur’, jadi kenapa kita tidak pakai slogan kita.

“Jadi orang yang mempunyai pemikiran negatif saja yang memperlekehkan Sabah Maju Jaya ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.