nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global

23 NOV : Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus semalam mengumumkan virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.

Jawatankuasa Kecemasan WHO telah bermesyuarat pada Jumaat untuk membincangkan virus itu, kata Tedros menerusi kenyataan di platform X, sambil menambah, “Mereka menasihati saya bahawa peningkatan kes mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia – saya menerima nasihat itu.”

Tedros menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan peningkatan bilangan kes, penyebaran geografi, cabaran operasi di lapangan dan keperluan untuk mewujudkan serta mengekalkan tindak balas yang konsisten dalam kalangan negara serta rakan kongsi.

Beliau menyeru negara yang terjejas untuk menggandakan usaha menangani wabak itu dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama bagi menamatkan penularannya.

WHO mengisytiharkan mpox sebagai darurat kesihatan awam global pada Ogos lepas buat kali kedua dalam tempoh dua tahun, susulan penyebaran varian baharu jangkitan virus itu dari Congo ke negara jiran.

Mpox ialah penyakit virus yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet sebelum WHO menamakannya semula pada 2022 setelah menerima aduan bahawa nama itu bersifat perkauman dan stigma.

Penyakit zoonotik ini boleh menular kepada manusia melalui sentuhan fizikal rapat dengan individu berjangkit atau haiwan liar kecil atau bahan yang tercemar.

Gejala biasa termasuk ruam atau lesi, disertai demam seperti selesema, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, lemah badan dan kelenjar limfa yang bengkak, lapor Bernama-AA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.