nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Veteran UMNO mahu Menteri Pelancongan ditukar

26 NOV : Veteran UMNO meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing dengan pemimpin lain yang lebih berkaliber.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata tindakan King Sing yang membayangkan negara ini tidak aman dan selamat amat memalukan serta tidak bersesuaian dengan kedudukannya sebagai menteri yang sepatutnya mempromosi pelancongan.

Katanya, tiada sebab untuk King Sing meminta maaf kepada pelancong China susulan dakwaan layanan tidak istimewa oleh kerajaan Malaysia kepada mereka.

“Dakwaan King Sing kononnya dia ditanya pelancong China apakah Malaysia sebuah negara perkauman adalah satu pembohongan dan wayang.

“Mana ada satu negara di dunia ini yang memberi layanan istimewa kepada pelancong yang melancong ke negara mereka sehingga terpaksa menukar papan iklan kepada bahasa pelancong?

“Orang Malaysia yang melawat China bukan sedikit. Tapi papan iklan di pusat beli belah di Beijing, Shanghai dan lain-lain tetap dalam bahasa Mandarin. Kalau ada terjemahan pun dalam bahasa Inggeris,” katanya, lapor Berita Harian.

Terdahulu, susulan serbuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas beberapa premis di ibu negara, King Sing berkata ia mencetuskan rasa tidak puas hati serta mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong.

Semalam, DBKL dalam satu kenyataan menjelaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa itu berdasarkan Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.