nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengerusi ASEAN: Misi PM tingkat perdagangan, pelaburan serantau

26 NOV :  Misi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah meningkatkan perdagangan dan pelaburan ASEAN yang beliau percaya pada masa ini tidak mencukupi dalam Malaysia bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.

Sehubungan itu, Anwar berkata, beliau akan menumpukan usahanya memperkasakan Grid Tenaga ASEAN dan terus mempergiatkan pendigitalan yang lebih menyeluruh dalam kalangan negara serantau.

Beliau juga akan menumpukan usahanya sebagai pengerusi perkumpulan serantau untuk mengukuhkan hubungan dengan rakan tradisional ASEAN yang terdiri daripada negara maju iaitu China, Jepun dan Korea Selatan.

Inisiatif itu akan menjadi tumpuan utama beliau untuk menjadikan Asia Tenggara sebuah rantau ekonomi yang lebih berdaya maju, kata Perdana Menteri dalam ucapan khas di Seoul National University, hari ini.

Anwar berkata, pendekatan sedemikian penting berdasarkan ASEAN merupakan rantau ekonomi yang paling aman dan dinamik di dunia yang potensi ekonominya perlu direalisasikan sepenuhnya.

Oleh itu, beliau berkata, mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun depan adalah tepat pada masanya berikutan negara berada dalam kedudukan yang baik untuk memperkukuh perdagangan dan pelaburan serantau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerjasama dan hubungan kerja antara 10 pemimpin ASEAN juga amat baik, sesuatu yang memberikan kelebihan untuk membuat keputusan yang dicapai secara bersama dan meningkatkan hubungan perdagangan kepada tahap yang lebih tinggi.

Dalam bekerjasama dengan China, Jepun dan Korea Selatan, beliau berkata Korea Selatan adalah rakan tradisional yang penting dan Seoul juga mencapai kejayaan yang besar.

Anwar menekankan bahawa dengan lebih banyak penglibatan dengan ketiga-tiga negara ini berdasarkan persahabatan dan kepercayaan, ASEAN akan lebih mampu untuk menangani isu yang lebih rumit.

Menegaskan bahawa Malaysia bertuah kerana menjadi pilihan kepada syarikat antarabangsa utama seperti Oracle, AWS, Google, Microsoft, Nvidia dan Infineon, negara sudah menjadi hab kepada aktiviti perniagaan mereka.

Ini membolehkan Malaysia menjadi pusat serantau untuk data dan kecerdasan buatan (AI).

Selain itu, ini turut menjadikan Malaysia sebagai hab utama untuk sektor semikonduktor global.

“Kelebihan kita telah membolehkan negara menjalin hubungan ekonomi dengan pelbagai negara (seperti) Amerika Syarikat, Eropah, China, Korea Selatan dan Jepun,” kata beliau, lapor Bernama.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.