nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tidak halang rakyat terima bantuan kebajikan bertindih

27 NOV : Keluarga yang berada di bawah garis kemiskinan dan mana-mana individu yang layak tidak dihalang untuk menerima bantuan bertindih daripada pelbagai agensi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pertindihan bantuan yang diterima itu dapat membantu golongan memerlukan itu meneruskan hidup.

“Sebab itu kalau dilihat, walaupun mungkin tak cukup, tapi kita lihat sudut berapa orang anaknya, apa kategori mereka yang ada dalam keluarga itu…si ibu mungkin warga emas, kita beri bantuan lain.

“Walaupun ketua keluarga memang menerima bantuan, kita juga benarkan anaknya OKU (orang kurang upaya) dapat bantuan.

“Kita benarkan sesiapa sahaja mendapat bantuan kerana boleh ringankan beban mereka,”katanya pada Sesi Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang membangkitkan sama ada kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu hub bagi menyelaraskan pelbagai jenis bantuan kebajikan daripada pelbagai agensi dengan baik, demi mengelakkan pertindihan mahupun keciciran, selain memudahkan bantuan menyeluruh diberikan kepada keluarga miskin.

Menurut Nancy, pihaknya sedia maklum terhadap bantuan pelbagai agensi selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu namun katanya, kerajaan tiada perancangan mewujudkan hub tersebut setakat ini.

“Setakat ini belum ada perancangan itu…kerana kita membiarkan. Kita tahu selain bantuan kebajikan JKM, ada zakat dan lain-lain yang memberi bantuan.

“Jadi kita membenarkan itu berlaku supaya ia boleh membantu. Sebab apa yang saya lihat pada masa ini, mungkin ada yang kata bantuan tak mencukupi terutamanya mereka yang ada di bandar,”katanya.

Dalam perkembangan sama, Nancy menjelaskan JKM sudah pun mengguna pakai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang baharu iaitu PGK 2022 dengan nilai ambang RM1,198 bermula 1 Januari lalu.

Namun katanya, PGK bukan satu-satunya kayu ukur dalam mempertimbangkan setiap permohonan kebajikan.

“Dalam proses semakan semula dan pengemaskinian PGK 2022 ini, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melaksanakannya bersekali dengan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (Household Income and Expenditure – HIES) dan Survei Kemudahan Asas (BA).

“JKM mengamalkan means test dalam menilai setiap permohonan bantuan kebajikan agar setiap kes dikendalikan dengan mengambil kira keadaan sebenar serta gambaran yang lebih meluas seperti faktor ekonomi, lokaliti keupayaan (OKU, pesakit terlantar) dan bukan hanya melihat dari segi jumlah pendapatan mereka semata-mata,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.