nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Banjir landa 9 negeri, lebih 120,000 mangsa terjejas

30 NOV : Banjir di sembilan negeri terus memburuk dengan angka mangsa yang terjejas terus meningkat kepada 120,202 orang daripada 36,182 keluarga setakat jam 7.30 pagi tadi.

Kesemuanya kini berlindung di 697 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan sembilan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.

Kelantan kekal paling teruk dilanda banjir dengan 80,725 mangsa daripada 24,951 keluarga dari 10 daerah kini ditempatkan di 279 PPS.

Di Terengganu, seramai 31,170 mangsa daripada 8,744 keluarga yang menjejaskan lapan daerah berlindung di 324 PPS.

Sementara itu di Kedah, 4,562 mangsa daripada 1,434 keluarga dari enam daerah di Kedah berlindung di 50 PPS dan di Perlis, seramai 488 mangsa daripada 145 keluarga kini ditempatkan di empat PPS yang dibuka di tiga daerah.

Di Negeri Sembilan pula, 2,200 mangsa banjir daripada 620 keluarga direkodkan berlindung di 22 PPS di empat daerah manakala banjir di Selangor menjejaskan 473 mangsa daripada 119 keluarga.

Sementara banjir di Johor kekal dengan 336 orang mangsa daripada 101 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS di dua daerah dan di Melaka, 228 mangsa banjir daripada 61 keluarga berlindung di enam manakala, 20 mangsa daripada 7 keluarga di Perak berlindung di sebuah PPS.

Dalam perkembangan sama, sungai utama di Kelantan dan Terengganu sudah melepasi paras bahaya.

Sembilan sungai itu adalah Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Sungai Golok di Kuala Jambu dan Sungai Melor di Jambatan Melor, Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Lanas di Air Lanas, Sungai Semerak di Pasir Puteh, Sungai Kelantan di Kusial dan Kusial Baru.

Manakala dua sungai di negeri itu melepasi paras amaran iaitu Sungai Pahi di Kampung Pahi dan Sungai Galas di Chegar Lapan.

Di Terengganu, 13 sungai di beberapa daerah sudah melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi tadi manakala tiga lagi sungai merekodkan bacaan melepasi paras amaran dan dua pada paras waspada.

Berdasarkan data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu sungai melepasi paras bahaya ialah tiga di Setiu, dua di Besut, Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun serta satu sungai di Marang dan Kuala Nerus.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.