nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MP PAS digantung 10 hari daripada sidang Dewan Rakyat

5 DIS : Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar dewan dan digantung 10 hari susulan mengeluarkan tuduhan negatif terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui aplikasi TikTok, 18 Julai lalu.

Menurut Johari, tuntutan agar Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu menarik balik kenyataan berkenaan dan membuat permohonan maaf sudah dihantar sejak 22 Julai lalu.

Namun kata Johari, sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada pemimpin PAS itu.

“Saya nak baca perkataan demi perkataan, apa yang Pendang katakan di luar (TikTok). ‘Kezaliman berlaku dalam Parlimen. Parlimen sekarang dikuasai Tan Sri Speaker yang melakukan kezaliman bermula dengan Pendang kemudian Machang dan seterusnya (akan terus berlaku ) jika tidak dihalang daripada sekarang’.

“Saya nak jelaskan, ketika Pendang dihalau (keluar Dewan), ia adalah arahan Timbalan Speaker, yang kaitkan dengan saya kenapa? Sebab itu saya minta supaya minta maaf tapi dia tak buat sehingga hari ini.

“Memandangkan Pendang tidak menarik balik dan memohon maaf kepada saya sebagai Speaker, maka saya perintahkan Pendang keluar dari dewan ini untuk tempoh 10 hari berdasarkan peraturan 44 (2),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Keputusan itu mencetus kekecohan sehingga 10 minit dalam kalangan wakil rakyat pembangkang yang membantah.

Ronald Kiandee (PN-Beluran) membangkitkan bahawa peraturan itu tidak boleh digunakan bagi kesalahan di luar dewan.

Namun Johari menegaskan ketika Kiandee menjadi Timbalan Speaker, beliau turut menggantung seorang Ahli Parlimen pembangkang pada 2013 dan 2014 kerana menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat semasa sidang media.

Sementara Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mempersoalkan isu pertembungan kepentingan kerana Johari membuat keputusan isu berkaitan dirinya.

“Seorang hakim tidak boleh menghakimi dirinya sendiri, ini membabitkan conflict of interest. Bagi menjaga integriti sebagai Speaker yang dianggap seorang hakim, tak sepatutnya Tan Sri mengendalikan kes (berkenaan)

“Saya tak halang (keputusan gantung Awang) tetapi biarlah ia dilakukan Timbalan Speaker,” katanya.

Sebelum meninggalkan Dewan, Awang sempat mengucapkan terima kasih dan memaklumkan beliau menerima keputusan penggantungan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.