14 DIS : Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan terus diperkasa di di negara ini bagi memastikan ia memenuhi keperluan industri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata program itu bukan sahaja membuka peluang kerjaya maha ia menjadi kepada pembangunan negara.
“TVET juga berperanan besar dalam merealisasikan hasrat negara menuju status negara berpendapatan tinggi,” katanya.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Konvokesyen Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) kali ke-4 di ibu negara, hari ini.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan skrol kepada 265 graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari kolej berkenaan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara melahirkan kepercayaan Kolej KETENGAH mempunyai hala tuju yang jelas
“Saya berharap mutu pengajaran dan pembelajaran terus kekal tinggi, malah ditingkatkan seiring dengan keperluan semasa.
“Pada masa sama, saya menyeru kurikulum yang diguna pakai sentiasa disemak dan ditambah baik, supaya selari dengan keperluan industri dan ekonomi,” katanya.