nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Huraian ‘jelik melampau’ untuk panduan, bukan muktamad

16 DIS : Huraian bagi elemen ‘jelik melampau’ dalam pindaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu sebagai panduan dan bukannya bersifat muktamad.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata panduan itu untuk pegawai penyiasat, pihak pendakwaan dan mahkamah menilai serta menentukan sama ada sesuatu kandungan itu jelik melampau atau tidak.

“Skop kejelikan kandungan dipinda hanya untuk kandungan yang jelik dan melampau bukan semata-mata jelik bagi membezakan kandungan mengikut legal proportionality dengan mengenakan penalti atau hukuman yang berwajaran dengan kesalahan dilakukan.

“Dalam hal ini, jelik melampau meletakkan tahap ambang yang lebih tinggi bagi kesalahan mengikut Seksyen 233 dengan mengambil kira sesuatu ekspresi atau perbuatan yang melampaui pertimbangan aspek moral, norma dan tatasusila budaya masyarakat Malaysia yang harmoni terhadap sesuatu kandungan dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.

Melalui RUU itu, peruntukan sedia ada ditambah baik bagi menangani kemudaratan dalam talian terutamanya melibatkan media sosial termasuk Seksyen 211 dan 233 Akta 588.

RUU itu juga memperkenalkan peruntukan baharu berkait larangan menghantar atau menyebabkan dihantar atau membenarkan penghantaran mesej elektronik komersial yang tidak diminta seperti spam yang kebanyakannya menjurus kepada penipuan.

Ketika penggulungan Fahmi berkata, elemen huraian dalam pindaan akta itu kali pertama dibuat dalam tempoh 26 tahun sejak akta berkenaan diwujudkan.

Jelasnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga tidak terlibat dalam pembangunan perincian dan kod kandungan sebaliknya ia dibangunkan pihak industri sendiri.

RUU itu yang dibahas 21 senator itu kemudiannya diluluskan dengan lebih suara bersetuju, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.