nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2% : DOSM

24 DIS : Pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mengukuh pada suku ketiga pertama 2024 dengan berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumubuhan itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding pada 2023 yang mencatatkan 3.8 peratus dalam tempoh sama.

“Prestasi memberangsangkan ini mencerminkan daya tahan yang berterusan walaupun menghadapi ketidaktentuan global dan dilihat sebagai petanda positif untuk kestabilan ekonomi negara.

“Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 12/2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini.

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2024, sedikit perlahan berbanding 2.3 peratus pada September, pertumbuhan itu dipacu oleh sektor pembuatan (3.3 peratus) dan elektrik (2.5 peratus) manakala sektor perlombongan menyusut 2.8 peratus.

Sementara itu, sektor pembuatan mencatatkan peningkatan jualan 3.0 peratus tahun ke tahun, mencapai RM161.3 bilion pada Oktober 2024 di mana pertumbuhan tersebut didorong kebanyakannya oleh subsektor Makanan, Minuman dan Tembakau yang melonjak 11.2 peratus.

Bagi sektor perkhidmatan secara keseluruhan, industri perdagangan borong dan runcit terus memperlihatkan prestasi yang menggalakkan pada Oktober 2024, jualan mencapai RM150.1 bilion, meningkat 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Prestasi perdagangan luar Malaysia pula kekal stabil pada Oktober 2024 dengan jumlah dagangan meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun untuk mencapai RM244.3 bilion.

Sementara eksport pula mencatat peningkatan sederhana iaitu 1.6 peratus berjumlah RM128.1 bilion manakala import naik 2.6 peratus kepada RM116.1 bilion.

Meski lebihan dagangan merosot 7.6 peratus kepada RM12.0 bilion, data bulanan menunjukkan prestasi lebih positif dengan eksport, import di mana jumlah dagangan melonjak 3.7 peratus, 4.8 peratus dan 4.2 peratus.

Bagi pasaran buruh Malaysia, tenaga buruh meningkat 1.7 peratus daripada 16.97 juta pada Oktober 2023 kepada 17.27 juta, mendorong Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) naik kepada 70.5 peratus.

Tenaga buruh juga menunjukkan peningkatan dengan kenaikan 1.9 peratus kepada 16.72 juta.

Indeks Pelopor (IP) Malaysia pula mencatatkan kenaikan 1.5 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2024, menokok kepada 111.1 mata berbanding 109.5 mata pada tahun sebelumnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.