Harga RON95 kekal, RON97 naik 3 sen
25 DIS : Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter sementara harga petrol RON97 meningkat 3 sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter sehingga 1 Januari 2025.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada paras RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut MoF.