nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengerusi ASEAN: Wilayah Persekutuan sudah sedia

6 JAN : Wilayah Persekutuan bersedia menyambut kehadiran delegasi luar yang bakal mengadakan 180 mesyuarat utama sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata persediaan itu merangkumi pelbagai aspek kritikal.

“Alhamdulillah, persediaan komprehensif merangkumi pelbagai aspek kritikal seperti keselamatan, kesihatan awam, pengurusan komuniti dan kesiapsiagaan menghadapi bencana dilaksanakan secara menyeluruh oleh agensi-agensi berkaitan di Wilayah Persekutuan. Persiapan ini mencerminkan komitmen tinggi Wilayah Persekutuan dalam memastikan setiap acara sepanjang Kepengerusian ASEAN berjalan lancar, selamat dan profesional.

“Langkah-langkah persediaan melibatkan kawalan keselamatan yang diperkukuhkan melalui kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan. Selain itu, perlindungan kesihatan awam turut diperkasakan bagi mencegah sebarang risiko kesihatan yang boleh menjejaskan kelancaran acara.

“Isu-isu sosial pula akan diuruskan dengan berkesan melalui pendekatan yang proaktif. Di samping itu, kesiapsiagaan bencana dipertingkatkan melalui latihan simulasi berkala serta sistem amaran awal yang lebih cekap dan responsif,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui satu hantaran di Facebook, hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Wilayah Persekutuan yang membincangkan persediaan wilayah berkenaan.

Semua agensi di Wilayah Persekutuan diingatkan untuk memberi perhatian jitu dalam menyambut tetamu negara sempena Kepengerusian ASEAN ini.

“Seluruh warga Wilayah Persekutuan termasuk NGO dan komuniti diseru untuk memberikan sokongan penuh dan kerjasama erat bagi memastikan penganjuran Kepengerusian ASEAN 2025 bukan sahaja berjaya, malah menjadi penanda aras baharu dalam penganjuran acara bertaraf antarabangsa,” katanya.

Malaysia secara rasmi mengambil alih Kepengerusian ASEAN bermula 1 Januari 2025 dengan tema Keterangkuman dan Kemampanan yang mencerminkan aspirasi negara untuk membentuk ASEAN yang bersatu dan makmur.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.