nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Meta henti ‘semakan fakta’ tak jejas pengguna Malaysia

8 JAN : Tindakan syarikat Meta Platform Ins (Meta) menamatkan perkhidmatan ‘semakan fakta’ dalam platform mereka dilihat tidak memberi kesan kepada pengguna Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata setakat ini hanya pengguna Amerika Syarikat (AS) sahaja yang terjejas dengan tindakan itu.

Namun beliau akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menghubungi Meta untuk mengetahui maklumat tambahan mengenai perkhidmatan Community Notes yang bakal menggantikan perkhidmatan semakan fakta tersebut.

“Setakat ini saya tidak melihat ia mendatangkan apa-apa kesan pada pengguna di Malaysia tapi ia lebih relevan kepada pengguna di AS.

“Konsep community notes ini adalah konsep crowd source tapi kita lihat ada pro dan kontranya. Setakat ini, pihak Meta belum ada sebarang makluman tapi insya-ALLAH kita akan berhubung dengan Meta bagi mendapatkan maklumat tambahan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat jemaah menteri di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg memaklumkan akan menamatkan  perkhidmatan fact-checking dan menggantikannya dengan Community Notes, perkhidmatan yang mirip dalam aplikasi X.

Keputusan itu diambil selepas mendapati perkhidmatan semakan fakta itu menyemak kandungan secara berlebihan dan disifatkan sebagai bias.

Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata META dijangka menerima lesen untuk beroperasi di negara ini dalam tempoh terdekat selepas pihak itu menghantar beberapa dokumen diperlukan untuk membuat pengesahan.

“Setakat jam 5 petang semalam, WeChat, TikTok dan Telegram sudah mendapat lesen untuk beroperasi di Malaysia manakala META tidak lama lagi dan saya jangka proses terbabit berjalan dengan tertib serta lancar.

“Manakala dua platform iaitu Google yang mengusahakan YouTube dan  X masih dalam perbincangan dengan pihak MCMC,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.