nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sistem urus zakat kat perlu cekap, elak bertindih : PM

11 JAN : Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) diingatkan agar menguruskan sistem dana zakat yang diterima secara cekap bagi mengelakkan pertindihan dengan agensi lain.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata badan berkanun itu perlu memanfaatkan kepakaran pemain industri kewangan untuk membantu agensi berkenaan menguruskan kewangan dengan lebih cekap.

“Macam soal zakat, Wilayah Persekutuan sahaja mempunyai kutipan RM1 bilion, ia tentunya bagi memenuhi keperluan asnaf, tetapi harus menjadi pengurusan yang cekap kerana jumlah RM1 bilion untuk Wilayah Persekutuan itu tidaklah kecil, jadi perlu selaras dengan baik.

“Kalau diselaras serta ditumpukan, saya fikir banyak yang harus dikerjakan dan hal ini memerlukan pengurusan di majlis agama itu untuk ambil manfaat daripada kemahiran dan kepakaran pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi moderator dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI KPT Siri 4: Menggunakan Teknologi dalam Perkhidmatan Kewangan bagi Memacu Kemakmuran dan Keterangkuman di ibu negara pada Jumaat.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyarankan Majlis Agama Islam mencontohi pemain industri kewangan dalam menguruskan aliran perbelanjaan yang lebih cekap.

Katanya, ia itu wajar dilakukan bagi mengelakkan berlakunya pelaburan terhadap perkara-perkara yang tidak menguntungkan.

“Apa salahnya untuk pengurusan di Majlis Agama Islam cari kepakaran di Maybank, SC (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia), Bursa Malaysia, syarikat-syarikat besar dan minta pandangan, mereka akan beri dan akan lihat (juga) dari sudut syariah.

“Tetapi, hal ini tidak berlaku kerana semua bekerja dalam silo, dia fikir hal yang kemudian melabur dalam hal-hal yang tidak menguntungkan kerana tiada kepakaran dalam bidang itu,” katanya.

Anwar berkata langkah tersebut turut menjadi amalan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Dalam jemaah menteri, dalam mesyuarat Kabinet terakhir, saya ingatkan menteri beri ruang kepada KSU (Ketua Setiausaha) atau KP (Ketua Pengarah) untuk bantu beri pendapat, mereka bukan ketua kerani, KSU itu ketua satu kementerian yang peruntukan kadang-kadang hingga RM26 bilion.

“Kalau berfikir sebagai ketua kerani, maka tidak akan ada perubahan, jadi dia harus fikirkan cadangan usaha yang baharu kemudian merencanakannya dan beri nasihat kepada menteri.

“Saya dah pesan kepada menteri untuk ambil masa dengar dan nilai cadangan atau idea, baru kita boleh lakukan perubahan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.