nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan tolak tawaran MRSM kalau tiada wang

13 JAN : Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyeru mana-mana pelajar yang diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) namun menghadapi masalah kewangan agar tidak menolak tawaran itu.

Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata semua MRSM sudah diminta menerima pelajar yang terpilih walaupun mereka berdepan masalah kewangan.

Asyraf menegaskan beliau tidak mahu ada pelajar yang kurang berkemampuan tidak dapat menyambung pengajian.

“Kita sudah hubungi semua MRSM, kalau ada masalah kewangan untuk tampung kos beli baju, kelengkapan asrama dan sebagainya, terima mereka dahulu kemudian kita akan cari jalan untuk membantu.

“Saya ingin tekankan pelajar yang berhadapan dengan situasi berkenaan boleh menghubungi MRSM atau MARA untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pencapaian Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), hari ini.

Menurut Asyraf, 93,625 pelajar menduduki ujian UKKM dan 21,994 daripadanya lulus dengan 8,909 ditawarkan tempat ke MRSM iaitu 7,229 pelajar bagi Tingakatan Satu manakala 1,680 pelajar Tingkatan Empat.

Katanya, bagi mana-mana pelajar yang tidak menerima tawaran sehingga 11 April 2025 dianggap tidak berjaya dan calon yang berjaya bagi pengambilan pertama akan melapor diri ke MRSM pada 19 Februari depan.

Tambahnya, 60 peratus pengambilan pelajar MRSM daripada keluarga yang miskin, luar bandar dan berpendapatan rendah yang lulus cemerlang UKKM.

Asyraf berkata bagi mana-mana permohonan yang tidak berjaya bukan bermaksud pelajar tersebut tidak pandai atau kurang cemerlang.

“Bagaimanapun, saya percaya rakyat hari ini memberi kepercayaan tinggi kepada sistem pendidikan Mara untuk membangunkan sahsiah dan akademik pelajar cemerlang.

“Oleh itu, Mara akan terus komited untuk menyediakan platform terbaik demi masa depan pada masa akan datang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.