nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peralihan tenaga boleh baharu perlu pelaburan besar

14 JAN : Usaha menjayakan peralihan tenaga boleh baharu di rantau ASEAN memerlukan pelaburan yang besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia cuba mengemudi dalam ketidaktentuan geopolitik bagi menjayakan misi itu.

“Setakat ini, dalam perbicangan kami dengan Laos, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei, kami tidak berdepan sebarang masalah. Pastinya kami perlukan pelaburan yang besar. Kerajaan Jepun sangat berminat untuk terlibat.

“China dan Amerika Syarikat juga pelabur besar di Malaysia. Kita cuba mengemudi cabaran ini di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik. Tetapi tidak sesiapa; China, Amerika Syarikat dan ASEAN, mempertikaikan keperluan tenaga boleh baharu termasuk Grid Tenaga ASEAN,” katanya, lapor Awani.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Abu Dhabi Sustainability Week 2025 (ADSW Summit 2025) dalam sesi dialog ‘ASEAN’s Interconnected Future: Linking Energy, Trade & Prosperity’, hari ini.

Grid tenaga ASEAN merupakan inisiatif kerjasama antara negara anggota yang bertujuan untuk menyepadukan dan meningkatkan rangkaian bekalan elektrik di seluruh rantau ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dilaporkan sudah menetapkan dua keberhasilan ekonomi keutamaan (PED) berkaitan tenaga di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia, tahun ini.

Kata PETRA, ia merangkumi ‘ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation’ (APAEC) 2025 dan ‘ASEAN Power Grid’ (APG) Enhanced Memorandum of Understanding (MoU) yang bermula tahun 2026 hingga 2030.

“Dua dokumen dasar ini adalah penting untuk memastikan kerjasama yang berterusan dalam kalangan negara anggota ASEAN bagi membangunkan industri tenaga ke arah jaminan bekalan dan kemampanan tenaga di rantau ini,” jelas kenyataan itu pada Isnin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika berucap di Abu Dhabi menempelak pihak yang mengkritik pembangunan melibatkan kawasan hutan negara.

Katanya rekod pemerliharaan kawasan hijau Malaysia memberangsangkan dan pembangunan baharu di kawasan hutan negara terkawal.

“Kita sering mengabaikan hakikat bahawa meskipun Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai semua ekonomi membangun, kami masih kekalkan 50 peratus kawasan hutan di seluruh negara dan ini bukan pencapaian kecil. Ada harga yang perlu dibayar.

“Oleh itu, kadangkala cemuhan daripada ekonomi-ekonomi perindustrian agak jelik. Ini merupakan satu tanggungjawab, kita tidak ada pilihan. Tetapi mesti ada sedikit empati dan kefahaman bahawa hutan-hutan ini akan digunakan untuk pembangunan tertentu dan perladangan,” katanya.

*Foto: Facebook Jason Yew

Get real time updates directly on you device, subscribe now.