14 JAN : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) komited meningkatkan kerjasama dalam menangani cabaran membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
Kerjasama itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat FBI diketuai Legal Attaché FBI, Jagdeep Khangura ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.
Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu memberi fokus tentang kerjasama risikan dan siasatan dalam kes-kes berprofil tinggi melibatkan Malaysia dan Amerika Syarikat.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, Assistant Legal Attaché FBI, Cody Kirk dan in-coming Legal Attaché, Varinder Singh.
Azam berkata SPRM bersedia untuk memberikan kerjasama menentang rasuah termasuk dalam aspek pencegahan penggubahan wang haram.
“Kekuatan serta keakraban hubungan di antara SPRM dan FBI jelas diperlihatkan melalui pencapaian pemulihan aset terutamanya daripada kes berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.
Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu telah memberi fokus tentang kerjasama risikan dan siasatan dalam kes-kes berprofil tinggi melibatkan Malaysia dan Amerika Syarikat.
Turut hadir dalam pertemuan itu, Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin; Assistant Legal Attaché FBI, Cody Kirk dan in-coming Legal Attaché, Varinder Singh.