nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MY-UAE CEPA tumpu pembangunan ekonomi Islam

15 JAN : Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) yang dimeterai antara Malaysia dan UAE turut menumpukan usaha membangunkan ekonomi Islam.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perjanjian perdagangan bebas (FTA) pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) itu akan memulakan perbincangan pada Mei atau Jun ini.

Katanya, perjanjian MY-UAE CEPA juga dilihat akan membuka ruang untuk perjanjian yang sama dengan negara anggota GCC lain yang turut dianggotai Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Arab Saudi.

“Kabinet telah bersetuju untuk kita mula berbincang dengan GCC mengenai FTA antara Malaysia dan GCC.

“Kita telah sampaikan kepada pihak GCC dan mereka bersetuju untuk memulakan rundingan. Mungkin pada Mei atau Jun ini kita akan memulakan perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia ketika ditemui pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025 di ADNEC Center di Abu Dhabi pada Selasa.

Semalam, Malaysia dan UAE memeterai perjanjian MY-UAE CEPA yang bertujuan membuka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi.

Perjanjian perdagangan bebas pertama dengan negara anggota GCC itu disaksikan Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di ADNEC Center di Abu Dhabi.

Pada majlis itu, Malaysia diwakili Tengku Zafrul manakala UAE oleh Menteri Negara bagi Perdagangan Luar, Dr Thani Ahmed Al-Zeyoudi.

Tengku Zafrul menerusi kenyataan pada Selasa berkata perjanjian tersebut mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan dengan mengambil masa 11 bulan bagi menyelesaikan keseluruhan proses.

Katanya, kejayaan tersebut merupakan peristiwa penting dalam usaha mengeratkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan UAE.

“Ini adalah bukti komitmen dan kerjasama kedua-dua pihak. Perjanjian ini dijangka akan meningkatkan jumlah perdagangan dua hala sebanyak sekurang-kurangnya 60 peratus dalam tempoh lima tahun, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan,” katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata MY-UAE CEPA dijangka membuka laluan untuk kerjasama ekonomi komprehensif yang kukuh melalui fasilitasi laluan perdagangan serta perluasan akses pasaran antara Malaysia dan UAE.

Katanya,usaha untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara GCC akan diteruskan melibatkan Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Arab Saudi.

Pada 2023, UAE merupakan rakan dagang Malaysia yang kedua terbesar di rantau Asia Barat selepas Arab Saudi.

UAE merupakan negara kedua terbesar bagi destinasi eksport negara selepas Turkiye dan kedua terbesar bagi sumber import negara selepas Arab Saudi dalam kalangan negara-negara di rantau Asia Barat.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan UAE berjumlah RM39.53 bilion menunjukkan peningkatan 8.6 peratus tahun-ke-tahun dalam tempoh sebelas bulan pertama 2024.

Hubungan ini mencerminkan kepentingan strategik UAE sebagai rakan ekonomi utama Malaysia di rantau tersebut.

Dari aspek pelaburan asing, UAE merupakan antara negara pelabur tertinggi dalam kalangan negara-negara anggota GCC di Malaysia.

Sehingga September 2024,Malaysia melaksanakan 35 projek pembuatan oleh pelabur dari UAE bernilai RM1.51 bilion.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.