nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

China ambil tindakan tegas sekatan cip AI dari AS

15 JAN : China bakal mengambil tindakan tegas susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan sekatan ke atas eksport beberapa cip dan peralatan semikonduktor ke negara itu.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun tindakan tersebut bagi melindungi hak serta kepentingan sah syarikat di negara itu.

Katanya, tindakan AS menyalahgunakan kawalan eksport kecerdasan buatan (AI) dilihat hanya untuk menekan China secara tidak adil selain mempolitikkan isu ekonomi dan teknologi.

“Sekatan itu memperketatkan lagi kawalan eksport terhadap cip AI dan parameter model, selain memperluaskan bidang kuasa luar wilayah serta mencetuskan halangan dan gangguan kepada pihak ketiga yang menjalankan perdagangan biasa dengan China.

“Tindakan itu menjejaskan peraturan pasaran serta sistem ekonomi dan perdagangan antarabangsa, memberi kesan besar kepada kestabilan rantaian bekalan dan industri global,” katanya pada Selasa, lapor Xinhua.

Terdahulu, AS pada 3 Disember mengenakan sekatan baharu ke atas eksport beberapa cip dan peralatan semikonduktor ke China dengan alasan keselamatan negara.

Langkah itu direka bagi melemahkan lagi keupayaan China untuk menghasilkan semikonduktor maju yang boleh digunakan dalam AI serta pengkomputeran berprestasi tinggi yang mempunyai aplikasi ketenteraan yang signifikan.

Dalam pada itu, Guo turut mengkritik tindakan AS yang cuba mengukuhkan kuasanya dengan memperkenalkan heiraki dalam bidang AI.

Katanya, tindakan itu sekali gus menafikan hak negara sedang membangun termasuk China dalam mencapai kemajuan teknologi serta mencetuskan jurang dalam pembangunan baharu.

“AI adalah aset bersama umat manusia dan tidak sepatutnya menjadi permainan untuk negara dan individu kaya.

“Tindakan AS mengenakan sekatan bercanggah dengan kepentingan bersama negara-negara yang mempromosikan pembangunan AI secara bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata banyak syarikat teknologi dan persatuan industri di AS secara terang-terangan menentang langkah yang diambil pentadbiran Presiden Joe Biden itu.

Sehubungan itu, Guo berkata China akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi mewujudkan persekitaran pembangunan AI yang terbuka, inklusif bagi memastikan manfaatnya dinikmati oleh semua negara.

“China telah mencadangkan Inisiatif Tadbir Urus AI Global, mempromosikan penerimaan resolusi pembinaan kapasiti AI oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan menubuhkan kumpulan rakan kerjasama antarabangsa dalam pembinaan kapasiti AI.

“China akan terus menyokong dan mengamalkan tadbir urus global dalam AI,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.