18 JAN : Perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa jam 8.30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Pengesahan itu dikeluarkan Kementerian Luar Qatar melalui jurucakapnya, Majed Al-Ansari, hari ini.
“Seperti yang telah diselaraskan oleh pihak-pihak dalam perjanjian dan para perantara, gencatan senjata di Gaza akan bermula pada 8.30 pagi Ahad, 19 Januari waktu tempatan di Gaza,” katanya dalam satu hantaran platform X.
Dalam hantaran sama Majes menasihati penduduk menunggu arahan rasmi serta mengambil langkah berjaga-jaga, berhati-hati dan menunggu arahan.
Terdahulu, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani mengumumkan perjanjian gencatan senjata berjaya dicapai untuk 42 hari bagi fasa pertama bermula Ahad ini.
Melalui perjanjian itu, Israel dan Hamas akan membebaskan tawanan masing-masing.
Sejak 7 Oktober 2023, genosid yang berlaku di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 46,707 rakyat Palestin dan 110,265 yang lain cedera dengan kebanyakannya adalah kanak-kanak serta wanita.
Sementara serangan Hamas ke atas Israel membunuh sekitar 1,139 orang terbunuh dan lebih daripada 200 ditawan.