nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jenayah siber: Malaysia cadang ASEAN tubuh pasukan ala INTERPOL

20 JAN : Malaysia mencadangkan satu pasukan petugas jenayah siber ditubuhkan di peringkat ASEAN bagi memerangi ancaman digital yang membimbangkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan ala Polis Antarabangsa (INTERPOL) itu akan memudahkan perkongsian maklumat risikan dan kerjasama serantau.

“Sepanjang tahun lalu, Malaysia melaporkan kerugian kewangan lebih daripada RM1.22 bilion akibat jenayah siber dan berjaya mengesan berjuta-juta ancaman siber.

“Ini mengukuhkan keperluan untuk mempertingkatkan daya tahan siber dan langkah keselamatan siber secara lebih proaktif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pelancaran Pameran dan Sidang Kemuncak Antarabangsa Asia (AISSE25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Kata Ahmad Zahid, usaha itu penting memandangkan jenayah siber kekal sebagai ancaman keselamatan paling ketara.

Selain itu katanya, keganasan dan jenayah rentas sempadan juga kini semakin canggih serta saling berkait.

Malah kata Ahmad Zahid, penjenayah hari ini menggunakan kecerdasan buatan (AI), automasi dan ‘dark web’ untuk melancarkan serangan maka pihak berkuasa perlu mencipta kesiapsiagaan baharu.

“Malaysia kekal komited untuk membina ekosistem keselamatan yang selamat, berdaya tahan dan saling bekerjasama, bukan sahaja untuk negara kita tetapi juga untuk rantau ASEAN dan seterusnya.

“Dengan perkembangan ekonomi digital, ancaman siber yang menyasarkan perniagaan, kerajaan, dan individu turut meningkat. Kepantasan kemajuan teknologi memerlukan rangka kerja keselamatan kita lebih tangkas dan adaptif,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata perkongsian dengan negara ASEAN lain dapat memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan serantau.

Katanya, Malaysia aktif menyumbang kepada perkongsian perisikan dan membanteras sindiket jenayah rentas sempadan melalui ASEANAPOL (Polis ASEAN) dan INTERPOL.

“Kita mesti mengukuhkan perkongsian ini untuk memastikan rangkaian perisikan terus berkembang seiring dengan ancaman keselamatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.