22 JAN : Lintasan sempadan Rafah pada kawasan Palestin sedang dibaiki sebelum pintu masuk itu dibuka semula dalam masa terdekat.
Memetik laporan Agensi Anadolu (AA), kerja pembaikan itu bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Lintasan tersebut mengalami kerosakan besar sepanjang 15 bulan serangan Israel terhadap Gaza.
Gabenor Sinai Utara, Mejar Jeneral Khaled Mogahed yang meninjau lintasan sempadan Rafah pada Selasa berkata ia akan dibuka dalam beberapa hari lagi.
“Pintu masuk Rafah akan dibuka dari kedua-dua pihak dalam beberapa hari akan datang, membolehkan akses bantuan yang lebih besar,” katanya, lapor akhbar tempatan Al-Watan.
Ahad lalu, perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas dicapai melalui perantara Mesir, Amerika Syarikat (AS) dan Qatar dengan beberapa fasa dan pembebasan tebusan.
Melalui perjanjian itu, ditetapkan bahawa menetapkan lintasan itu akan dibuka semula pada hari ketujuh pelaksanaannya, Sabtu ini.
Selain itu, turut mewajibkan kemasukan 600 trak bantuan ke Gaza setiap hari dan menggariskan rangka kerja secara berperingkat untuk rundingan lanjut antara kumpulan Palestin, Hamas dan Israel.
*Foto : Facebook Anadolu Agency