23 JAN : Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas produk import dari China mulai 1 Februari depan.
Presiden AS, Donald Trump mengumumkan rancangannya itu yang dikhuatiri penganalisis sebelum ini bakal mencetuskan perang dagang.
Memetik laporan Agensi Anadolu, ancaman tarif itu susulan pengumuman Trump pada Isnin untuk mengenakan 25 peratus duti terhadap import dari Kanada dan Mexico sebagai tindak balas terhadap kemasukan fentanyl dan pendatang tanpa izin ke AS.
Pada Selasa, Trump berkata tarif 10 peratus itu sebagai tindak balas terhadap China yang berperanan dalam krisis fentanyl di mana fentanyl didakwa dihantar dari China melalui Kanada dan Mexico ke Amerika Syarikat.
“Kami bercakap tentang tarif 10 peratus ke atas China berdasarkan hakikat yang mereka menghantar fentanyl ke Mexico dan Kanada,” kata Trump.
Namun penganalisis melihat rancangan Trump untuk mengenakan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico itu mungkin menyebabkan kesan ekonomi kepada industri AS dan perang dagang.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata Beijing akan mempertahankan kepentingan republik itu.
“Tidak ada pemenang dalam perang dagang atau perang tarif dan China akan tegas mempertahankan kepentingannya” katanya lapor The Global Times.
The New York Times melaporkan dalam penggal pertama Trump sebagai Presiden, beliau berjaya mengikat perjanjian perdagangan baharu dengan Kanada dan Mexico – Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada selain mencapai perjanjian terhad dengan China untuk manfaat petani Amerika,