nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Industri getah perlu revolusi, guna AI tarik orang muda

23 JAN : Revolusi industri getah dengan menerapkan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan inovasi ladang perlu dilaksanakan bagi menarik penglibatan orang muda.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha ini penting dalam memastikan legasi pekebun kecil diteruskan pada masa akan datang susulan purata umur pekebun ketika ini berusia 61 tahun.

Katanya, Malaysia mesti membangun strategi yang mampan, progresif dan inklusif bukan sekadar penyelesaian jangka pendek namun pelan tindakan yang benar-benar memberi impak kepada kelangsungan hidup mereka.

“Penglibatan anak muda menjadi semakin penting dan jika ini tidak dilakukan siapa yang akan meneruskan legasi industri getah dalam 10 atau 20 tahun akan datang?

“Pekebun kecil tidak boleh dibiarkan berjuang sendirian. Kita memerlukan tindakan drastik, menyeluruh dan berkesan untuk memperkasakan komuniti ini.

“Kita perlu berani keluar dari cara lama. Sektor getah mesti menjadi lebih menarik kepada generasi muda dengan teknologi moden seperti AI, automasi dan inovasi ladang.

“Bayangkan ladang getah yang menggunakan teknologi internet kebendaan (IoT), dron untuk meningkatkan produktiviti, dan e-dagang yang menghubungkan pekebun kecil terus ke pasaran global.

“Ini bukan sekadar perubahan, ini adalah revolusi industri getah yang kita semua dambakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Pegawai Lapangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 2025 di Bangi, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menggariskan tiga kluster utama RISDA yang perlu diperkasakan.

“Pertama dalam Kluster Modal Insan. Kita memiliki 2.7 juta komuniti pekebun kecil, yang bukan sekadar pewaris tanah, tetapi pewaris industri. Mereka perlu digilap melalui latihan kemahiran, pengurusan moden, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pendidikan ekonomi untuk mencipta generasi pekebun kecil yang berwawasan dan berdaya saing.

“Kedua Kluster Ekonomi, di mana RISDA Holdings telah mencatat keuntungan RM70 juta tahun lalu, tetapi saya mahu kita melipatgandakan keupayaan perniagaan syarikat, mencari peluang baharu, dan menembusi pasaran yang lebih luas.

“Ketiga usaha melahirkan lebih ramai usahawan pekebun kecil dalam Kluster Usahawan terus diperkukuh. Saya mahu RISDA memperhebat program bimbingan dan memperluas akses pembiayaan bagi memastikan mereka lebih berdaya saing,” katanya

Dalam pada itu, beliau berkata akan membentangkan cadangan untuk menjadikan RISDA sebagai pembeli tunggal getah pekebun kecil kepada mesyuarat jemaah menteri.

Jelasnya, inisiatif itu tidak boleh dielakkan demi membela nasib pekebun kecil yang bergantung kepada harga lantai.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.