nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Amanah perlu bersifat massa untuk kekal

25 JAN : Parti Amanah perlu bersifat massa bagi memastikan ia terus kekal relevan sepanjang waktu.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata tanpa sokongan massa, mana-mana parti yang ditubuhkan akan terkubur.

“Ke mana pun kita bergerak, jangan lupa massa. Parti kalau tidak ada sokongan massa, ia boleh mati di tengah jalan.

“Ke mana pun kita bergerak, parti mesti bersifat massa. UMNO boleh bertahan sampai hari ini kerana parti itu bersifat massa. Disokong oleh orang kampung yang paling bawah, sampai kepada profesor yang paling tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2024 di Klang, hari ini.

Menurutnya lagi, golongan bijak pandai yang membentuk parti sekali pun tidak akan mampu mempertahankan jangka hayat parti tanpa massa.

“Antara parti yang besar ditubuhkan selepas merdeka ialah Parti Melayu Semangat 46, hanya hidup dua kali pilihan raya. Ada parti ditubuhkan golongan intelektual, profesional…hanya golongan itu sahaja nak bertanding pilihan raya macam mana? Siapa nak tampal poster, siapa nak pacak bendera?

“Kalau kita tubuh parti hanya dalam kalangan intelek dan profesional, tanpa sokongan massa…parti itu umurnya tidak lama. Sebab itu sokongan massa itu penting. Apabila nak hadap pilihan raya, kita perlukan sokongan massa,” katanya.

Dalam ucapan sama, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata parti itu memikul tanggungjawab besar dalam agenda pembangunan negara bersama Kerajaan MADANI, hari ini.

“Penubuhan parti ini bermula dengan serba kesederhanaan, hari ini kita harus berbangga dengan Parti Amanah menjadi sebahagian daripada kekuatan Kerajaan Perpaduan.

“…yang mendukung mandat dan harapan sekalian rakyat untuk membangun dan memulihkan semula negara, membawa kesejahteraan rakyat dan seterusnya mengangkat Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani dunia.

“Sesungguhnya kehadiran dan peranan Amanah tidak boleh dipandang mudah dan kecil malah kita sebenarnya memikul tanggungjawab besar dalam agenda pembangunan negara bersama Kerajaan MADANI pada hari ini,” katanya.

*OLEH : NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.