nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC lancar chatbot AIFA perangi berita, maklumat palsu

28 JAN : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melancarkan AIFA dalam usaha memerangi berita dan maklumat palsu.

Chatbot dalam portal sebenarnya.my itu dibangunkan hasil kerjasama rakan strategik.

AIFA atau ‘Artificial Intelligence Fact-check Assistant‘ itu tersedia dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata AIFA boleh diakses menerusi aplikasi WhatsApp dan portal Sebenarnya.my.

“AIFA adalah alat penting untuk memperkasakan rakyat dengan maklumat yang disahkan oleh pihak berwajib dan mengurangkan impak buruk daripada maklumat palsu yang tersebar.

“Dengan kemudahan ini, MCMC menawarkan kepada rakyat cara yang mudah, pantas dan boleh dipercayai untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima atau temui secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran ChatBot Sebenarnya.my di Cyberjaya, hari ini.

Menurut Fahmi, AIFA bertujuan membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih dengan cepat dan mudah selain mempercepat maklum balas terhadap maklumat tidak sahih dalam talian.

Pada masa sama, ia juga bagi memperkukuh peranan Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat palsu di Malaysia.

Kata Fahmi, AIFA yang menerima input teks setakat ini akan diperluas kepada format lain termasuk video pada masa akan datang

“Pelancaran ini amat penting dan bermakna dalam usaha menggalakkan rakyat menyemak segala maklumat yang belum disahkan,” katanya.

Orang ramai digalakkan mengguna AIFA yang boleh diakses 24 jam menerusi portal tersebut atau WhatsApp bagi mendapatkan kesahihan sesuatu berita dan membantu pihak kerajaan dalam menangani penyebaran maklumat palsu.

Mengulas tentang penyebaran berita palsu, Fahmi memaklumkan MCMC sudah membuat permintaan untuk menurunkan 1,575 kandungan berita palsu untuk tempoh 27 hari pertama tahun ini.

Susulan itu katanya yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, platform media sosial terlibat menurunkan 1,233 kandungan daripada keseluruhan angka tersebut.

*Foto : Facebook Kementerian Komunikasi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.