nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bina semula Gaza: Tubuh J’kuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi

29 JAN : Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi akan dibentuk susulan pengumuman pembangunan semula Gaza yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata jawatankuasa bagi mendukung komitmen negara itu akan dikendali Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia.

Menurut Mohd Na’im, jabatannya menyokong penuh komitmen Malaysia yang dizahirkan Anwar hari ini untuk menggerakkan usaha bagi membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza.

“Bagi tujuan itu, di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya akan membentuk dan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan JAKIM dan Yayasan Waqaf Malaysia untuk menggembleng potensi dan ruang komprehensif ke arah mendukung komitmen Perdana Menteri.

“Jawatankuasa khas ini akan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri serta rakan-rakan strategik bagi mempertingkatkan kerjasama menyeluruh masyarakat dalam pembangunan semula Gaza,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan Kerajaan Malaysia dan Jepun akan menyegerakan pembangunan semula Gaza dengan membina sebuah sekolah, hospital dan masjid.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut menyeru orang ramai sama-sama berdoa agar segala perancangan yang disusun terlaksana dengan jayanya.

“Semoga Allah SWT memberikan limpahan kesejahteraan dan kekuatan kepada rakyat Palestin menghadapi ujian berat ini,” katanya.

Anwar dalam satu rakaman video memaklumkan dalam Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), Jepun dan Malaysia berhasrat menubuhkan serta melancarkan dana melalui program Asia Timur.

Sebelum ini, Anwar menganggarkan pembangunan semula Gaza yang rosak teruk dibedil rejim zionis sejak Oktober 2023 itu menelan kos lebih AS$1 trilion.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.