nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hasrat bangun semula Gaza secara fizikal wajar diteruskan

31 JAN : Usaha pembangunan semula Gaza secara fizikal juga termasuk dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas sekian lama selain menghantar bantuan kemanusiaan.

Mufti Terengganu, Datuk Mohammad Sabri Harun berkata inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan pembangunan semula di wilayah itu wajar diteruskan sebagai satu tanggungjawab membantu umat Islam di dunia.

Katanya, ia kesinambungan daripada peranan Malaysia yang aktif dalam mendesak Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin sejak dahulu lagi.

“Bantuan daripada Malaysia kepada bukanlah perkara baharu, ia telah dilakukan sejak dahulu lagi.

“Inisiatif perdana menteri membangunkan Gaza membuktikan komitmen berterusan Malaysia dalam membantu penduduk Gaza.

“Bantuan khususnya dari segi pembangunan Gaza ini elok diteruskan sebagai bantuan sesama umat Islam, lebih-lebih lagi terhadap rakyat Palestin yang sudah lama menderita akibat serangan jenayah dan genosid Israel,” katanya ketika dihubungi BBCPORTAL, hari ini.

Kelmarin, Anwar mengumumkan Malaysia akan memulakan usaha membina semula Gaza dengan pembinaan sebuah sekolah, rumah sakit dan masjid di mana usaha itu dapat disegerakan atas usaha bersama dengan Kerajaan Jepun.

Semalam, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memaklumkan Malaysia bakal mencipta sejarah menjadi negara pertama di ASEAN yang membangunkan bandar wakaf di Gaza.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Mohammad Sabri menyifatkan ia merupakan langkah yang efisien bagi mempercepatkan proses pembinaan kemudahan asas di Gaza untuk membantu rakyat Palestin.

Selain itu, katanya kerjasama bersama Kerajaan Jepun itu juga mencerminkan keprihatinan negara itu terhadap kesengsaraan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis yang dilakukan atas dasar kemanusiaan tanpa mengira agama dan latar belakang sesebuah negara.

“Bantuan kepada rakyat Palestin tidak hanya datang dari negara Islam, jika kita melihat dari sudut kemanusiaan, ia tidak mengira mana-mana negara…kerjasama ini mencerminkan usaha berterusan Malaysia dalam memperjuangkan hak asasi kemanusiaan.

“Sebarang bantuan terhadap rakyat Palestin amatlah dialu-alukan atas dasar kemanusian…apa sahaja perkara yang baik yang boleh membantu pembangunan di Gaza, kita patut sokong,” katanya.

Sehubungan itu, Mohammad Sabri menyeru semua pihak agar menyokong usaha murni kerajaan itu supaya lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan di Gaza.

“Semua pihak perlu bekerjasama membantu pembangunan masyarakat di Gaza supaya supaya lebih banyak kemudahan awam dapat dibangunkan dan rakyat Palestin dapat memiliki kehidupan yang lebih baik selepas ini,” katanya.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.