nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Jepun anjur CEAPAD, fokus pembangunan Palestin

31 JAN : Malaysia dan Jepun sedang dalam rangka menyelaras penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Persidangan Kerjasama Antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin Ke-4 (CEAPAD IV) yang bakal diadakan di negara ini, tahun ini.

Malaysia melalui Kementerian Luar atau lebih dikenali sebagai Wisma Putra berkata usaha itu bagi menjawab seruan mendesak untuk membantu Palestin.

Katanya, fokus utama CEAPAD IV merangkumi program pembangunan kapasiti, penyediaan bantuan kemanusiaan yang menyeluruh dan pembangunan semula infrastruktur kritikal di Palestin.

“Ia selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Januari lalu mengenai keperluan mendesak mempercepatkan usaha pembangunan semula Gaza dan Palestin.

“KLN komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan Jepun di bawah rangka kerja CEAPAD bagi menjawab seruan mendesak rakyat Palestin untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Malaysia dan Jepun akan berunding dengan peserta CEAPAD bagi mendapatkan komitmen dan sokongan yang diperlukan dalam memastikan pembangunan semula Gaza mencapai matlamat.

Mesyuarat penyelarasan sebelum persidangan akan diadakan bagi memastikan bantuan dan sumbangan kepada Palestin disalurkan dengan lebih cekap, tersusun dan mampan untuk pembangunan jangka panjang.

Selain itu, kata Wisma Putra inisiatif berkenaan mencerminkan peranan proaktif Malaysia dalam mendapatkan sokongan antarabangsa serta menggalakkan kerjasama bagi memastikan usaha pembangunan semula Palestin dapat dilaksanakan secara mampan dan berkesan.

CEAPAD merupakan platform serantau yang diterajui Jepun sejak 2013 bagi menyokong usaha pembinaan negara Palestin dengan memanfaatkan sumber, pengetahuan, dan pengalaman pembangunan ekonomi negara-negara Asia Timur.

“Mesyuarat Peringkat Pegawai CEAPAD yang terbaru pada 18 Julai 2024 mengulangi keperluan mendesak untuk meningkatkan penyelarasan dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza, serta kepentingan pemulihan dan pembangunan jangka panjang, termasuk reformasi tadbir urus bagi memastikan pembangunan mampan untuk Palestin.

“Malaysia kekal memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin dan akan terus bekerjasama dengan rakan serantau dan antarabangsa bagi memastikan CEAPAD IV diterjemahkan kepada tindakan nyata yang menyokong pembangunan semula dan kestabilan jangka panjang Palestin,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.