nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gaji minimum baharu mampu lahir pekerja lebih semangat

3 FEB : Produktiviti pekerja merupakan tunjang utama dalam kemajuan ekonomi sesebuah negara.

Sehubungan itu,Penganalisis Ekonomi Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata pelaksanaan gaji minimum bermula 1 Februari lalu dilihat mampu melahirkan pekerja yang lebih bersemangat sekali gus menambah produktiviti yang tinggi.

Katanya, insentif kenaikan gaji tersebut menjadi satu bentuk motivasi pekerja untuk bekerja dengan lebih berdedikasi seterusnya membolehkan sesebuah organisasi itu menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi.

“Kenaikan gaji minimum yang memanfaatkan 4.37 juta pekerja di negara ini  mampu meningkatkan produktiviti kerja serta sebagai pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.

“Impak kenaikan gaji ini juga memanfaatkan pekerja dan organisasi apabila menerima gaji setimpal,ia dapat meningkatkan kemahiran sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi yang positif,”  katanya kepada BBCPORTAL, hari ini.

Peningkatan kadar gaji minimum sebanyak 13 peratus daripada RM1,500 kepada RM1,700 bermula 1 Februari lalu adalah sebahagian daripada agenda Ekonomi MADANI bagi memperkasa kesejahteraan rakyat menerusi pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan, inklusif dan menyeluruh.

Dalam pada itu, Razman berkata peningkatan gaji minimum ini juga merupakan langkah terbaik untuk menangani kos sara hidup dalam kalangan pekerja bergaji rendah.

Mengulas lanjut, beliau berkata kenaikan tersebut bagi memastikan golongan tersebut mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian.

Selain kenaikan gaji, Razman berkata bantuan tambahan lain seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga dilihat dapat membantu golongan tersebut dalam mendepani kos sara hidup ketika ini.

“Kenaikan gaji ini memberi kelegaan kepada mereka yang selama ini menghadapi kesukaran dalam menguruskan kos sara hidup ekoran gaji minimum yang agak rendah…jika kita lihat belanja isi rumah secara purata, ia amat tinggi.

“Pendapatan yang mencukupi ditambah dengan beberapa bantuan kewangan yang lain dari kerajaan  mampu menampung perbelanjaan harian di samping lebihan pendapatan tersebut boleh digunakan untuk simpanan dan pelaburan.

“Jika suami dan isteri memiliki pendapat sebanyak RM1700, jika digabungkan jumlahnya menjadi RM3,400..sekurang-kurangnya jumlah tersebut meningkat RM400 berbanding sebelum ini gaji minimum hanya RM1,500,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mungkin berdepan kesukaran menampung kos gaji lebih tinggi akibat kenaikan kadar gaji berkenaan.

“Saya jangkakan pasti ada kerungsingan kerana kenaikan gaji ini akan memberi impak negatif kepada majikan, di mana mereka mungkin tidak mampu untuk menggaji jumlah pekerja yang sama selepas ini.

“Namun apabila kerajaan memberi tempoh untuk melaksanakan gaji minumum sehingga Ogos ini, tempoh yang diberikan itu memadai bagi memulihkan syarikat atau peniaga yang terlibat dengan meningkatkan kecekapan, mungkin ke arah tranformasi digitalisasi.

“Dengan pengurusan operasi lebih cekap, sesebuah perniagaan masih mampu menawarkan perkhidmatan yang bagus sekali gus tidak ada keperluan untuk menaikkan harga barangan,” katanya selain menambah ia juga mampu mengurangkan pembaziran.

*OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.