nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jenayah, penipuan dalam talian boleh dibendung dengan Akta 588

3 FEB : Kementerian Komunikasi melihat penguatkuasaan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) yang baru diluluskan Disember lalu mampu membendung jenayah serta penipuan dalam talian.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan bekerja lebih pantas serta menjalin kerjasama bagi menangani jenayah tersebut.

Menurut Fahmi, tindakan lebih pantas akan diambi dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim) juga bertitah untuk rakyat sentiasa berhati-hati mengenai jenayah penipuan yang berleluasa.

“Saya percaya kita ada beberapa undang-undang baharu yang boleh kita laksanakan. Insya-Allah kita akan kerja lebih pants dan bekerjasama untuk selesaikan masalah-masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap budaya fitnah dan hasutan yang berleluasa dalam media sosial ketika mencemar duli bertitah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas di Parlimen, hari ini.

Baginda menitahkan agar kerajaan lebih tegas dalam membendung perkara itu daripada terus merebak kerana dibimbangi budaya itu akan menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah.

Akta 588 diluluskan di Dewan Rakyat pada 9 Disember dan di Dewan Negara pada 16 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata titah tuanku itu tidak hanya perlu dihadam oleh wakil rakyat, sebaliknya rakyat juga perlu ambil kira dan melaksanakannya.

“Titah tuanku sarat dan padat dengan pesanan. Saya rasa bukan hanya kami ahli-ahli Parlimen menjunjung kasih tetapi rakyat secara amnya, harus menjunjung kasih dan melaksanakan (titah).

“Pertama elak budaya fitnah kerana tuanku titah ia merosakkan perpaduan, kedua kita perlu sentiasa menjaga kebersihan dan agensi penguatkuasaan pastikan jenayah ditangani dengan baik. Berkenaan kerajaan digital memang satu asas untuk dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara dalam hantaran di Facebook, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kementeriannya akan memastikan tindakan sewajarnya dilaksana untuk memerangi jenayah dalam talian itu.

“Bagi pihak Kementerian Komunikasi, patik dan pasukan akan memastikan kerjasama berterusan dengan pihak berkuasa, supaya tindakan sewajarnya dilaksanakan bagi memerangi jenayah berkenaan.

“Menjunjung kasih jua tuanku atas ucapan syabas kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kerajaan Persekutuan, susulan prestasi ekonomi negara yang baik ketika ini dengan nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah,” tulisnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.