nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia sertai fasa ke-2 Jambatan Udara Kemanusiaan ke Gaza

4 FEB : Malaysia menyertai Jordan dalam fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan ke Gaza.

Kementerian Luar atau lebih dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan penyertaan Malaysia dalam misi diketuai Jordan itu dipermudahkan melalui kedutaan Malaysia di Amman.

Menurut Wisma Putra, delegasi Malaysia disambut Komander Pangkalan Udara Raja Abdullah II, Kolonel Plt. Osama Al Khatib dan Tentera Udara Diraja Jordan (RJAF).

“Ini susulan sumbangan Malaysia sebanyak AS$5 juta daripada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kepada Kerajaan Jordan pada 18 Disember 2024 yang digunakan untuk operasi jambatan udara itu,” menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Malaysia turut terlibat fasa pertama operasi itu yang berlangsung pada 28 Januari lalu.

Jambatan udara ke Gaza yang diarahkan Raja Abdullah II itu beroperasi sejak 28 Januari dan akan diteruskan sehingga esok.

Sebanyak 16 helikopter dengan 16 penerbangan harian terus ke kawasan terjejas di mana ia akan menghantar bekalan bantuan segera melibatkan perubatan, makanan, keperluan bayi dan barangan wanita.

Menurut Wisma Putra, selain Malaysia, Greece dan Itali juga antara negara terawal yang menyokong inisiatif itu.

Lebih banyak negara dijangka akan menyertai inisiatif itu dalam beberapa hari akan datang.

“Malaysia kekal komited untuk menyokong usaha Jordan dalam menangani krisis kemanusiaan yang semakin teruk di Gaza, yang berterusan sejak perang bermula pada 7 Oktober 2023 dan tidak terhenti sejak pengumuman gencatan senjata pada 15 Januari 2025.

“Malaysia akan terus menyokong kebebasan, maruah dan keadilan Palestin di pentas global,” katanya.

*Foto: Facebook Embassy of Malaysia in Amman, Jordan

Get real time updates directly on you device, subscribe now.