nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan salur RM1 bilion untuk MADA jamin produktiviti

4 FEB : Kerajaan meluluskan peruntukan RM1 bilion untuk disalur kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi merancakkan produktiviti pengeluaran padi di Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata melalui program itu juga penambahan produktiviti padi boleh dijamin.

“Usaha kita untuk meningkatkan produktiviti. Kita telah luluskan RM1 bilion untuk MADA ini yang kita akan luncurkan (program berkenaan pada) akhir bulan ini Insya-Allah.

“Ia supaya kawasan sawah yang ada penambahan RM1 bilion itu boleh menjamin penambahan produktiviti.

“Sekurang-kurangnya usaha itu dapat memenuhi daripada sekitar 56 peratus keperluan tempatan sekarang kepada 70 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula dasar sedia ada iaitu penghasilan 70 peratus beras tempatan dan pengimportan 30 peratus beras luar untuk kegunaan rakyat di negara ini.

Pada sesi sama, Anwar menafikan kerajaan tidak bertindak terhadap isu kos input pertanian seperti baja, racun dan jentera yang naik secara drastik hingga menekan petani.

“Seperti kita tahu, tidak ada langkah yang tegas dan pernah dibuat sebelum ini untuk menaikkan (bantuan) termasuk pada 2020, 2021 dan 2022. Tidak ada yang drastik.

“Hanya setelah Kerajaan MADANI naik, barulah bantuan khas, sumbangan tunai ditambah RM228 juta pada 2023 dan ditambah pada 2024 RM600 ringgit setahun bagi setiap pesawah. Ia belum dibuat sebelum ini.

“Bantuan khas BERNAS (Padiberas Nasional Berhad) memang dipertikai tetapi BERNAS ini…kontrak itu diperbaharui pada 2021 untuk 10 tahun. Cuma saya boleh minta tolong bagilah bantuan sikit. Maka dibagi RM60 juta bantuan khas BERNAS kepada pesawah terkesan di utara,” katanya.

Jelas Anwar, kerajaan juga memperkenalkan Skim Takaful Tanaman Padi awal tahun lalu dengan peruntukan dana awal sebanyak RM50 juta.

Malah kerajaan menyalurkan peruntukan lebih RM400 juta untuk menampung harga beras terlalu tinggi di Sabah dan Sarawak.

“Jadi untuk 2023 dan 2024, kita salurkan peruntukan khas kali pertama sebanyak RM420 juta di Sabah dan Sarawak untuk menampung dan menukarkan harga supaya tidak melambung terlalu tinggi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.