nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TVET sedia peluang luas untuk lepasan SPM

6 FEB : Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai peluang luas untuk meneroka Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sejajar dengan minat serta kecenderungan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain laluan akademik konvensional, lepasan SPM boleh memilih laluan TVET yang menawarkan pelbagai bidang kemahiran yang relevan dengan keperluan industri dan pasaran kerja semasa.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata di Malaysia terdapat 1,398 institusi TVET merangkumi 673 institusi TVET awam, 697 institusi TVET swasta dan 28 institusi TVET di bawah kerajaan negeri.

Hari ini, 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM di seluruh negara dan Ahmad Zahid menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelajar atas usaha dan kesungguhan mereka sepanjang tempoh peperiksaan.

“Namun, tamatnya SPM bukanlah penamat. Ia adalah permulaan kepada satu fasa baharu dalam kehidupan.

“Kini, tibalah masanya untuk para pelajar menentukan hala tuju masa depan, sama ada dalam pendidikan tinggi atau bidang kerjaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, peluang untuk menyambung pengajian dalam laluan TVET terbuka sepanjang tahun dengan pelbagai pilihan fleksibel melalui Sistem UP_TVET.

“UP_TVET Flexi yang dibuka sejak Januari 2025 membolehkan individu mengikuti latihan kemahiran secara modular dan anjal mengikut kesesuaian jadual masing-masing. UP_TVET Perdana bagi Kursus Sepenuh Masa Ambilan Julai 2025 pula akan dibuka untuk permohonan pada April 2025,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata sebagai peneraju utama dalam pembangunan tenaga mahir luar bandar, kementeriannya turut menyediakan pelbagai program TVET yang menepati keperluan industri negara.

Beliau berkata, sebanyak 280 institusi di bawah KKDW termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Sebanyak 529 program ditawarkan daripada peringkat sijil kemahiran hingga ijazah kedoktoran meliputi 15 kluster bidang kritikal untuk pasaran kerja semasa.

“Kerangka Sistem Pendidikan TVET KKDW telah melahirkan ramai tenaga mahir, profesional, teknologis dan usahawan yang berjaya. Kadar kebolehpasaran graduan TVET KKDW mencapai 98 peratus pada 2024, membuktikan bahawa TVET bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan yang luas, tetapi juga mampu membentuk masa depan yang lebih cerah.

“Kerajaan komited dalam memastikan akses pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti kepada semua lapisan masyarakat. Oleh itu, saya menyeru pelajar dan ibu bapa agar merebut peluang ini untuk membina kerjaya yang mampan dan berdaya saing,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.