nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Unit antirasuah DoJ bubar tidak jejas proses pulih aset 1MDB

11 FEB : Pembubaran unit antirasuah elit Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan proses pemulihan aset yang masih berjalan.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pembubaran itu hanya melibatkan unit dalam jabatan tersebut dan bukannya DoJ secara keseluruhan.

Dalam pada itu katanya, proses pemulihan aset berkaitan 1MDB itu masih berjalan seperti biasa termasuk tuntutan proses timbang tara pertikaian dengan perjanjian penyelesaian kerajaan sebelum ini berjumlah AS$1.4 bilion yang masih belum dibayar Goldman Sachs.

“DoJ itu masih ada, ia tak akan dibubarkan cuma unit yang membuat penyiasatan ini dibubarkan. Itu tak penting bagi kita kerana negara kita terus menjalankan proses pemulihan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan Lembaga Koko Malaysia 2025 di Hotel The Pacific Sutera, Kota Kinabalu, malam tadi.

Pada 7 Februari lalu dilaporkan wartawan penyiasatan, Bradley Hope membuat pendedahan bahawa DOJ yang memainkan peranan penting dalam siasatan skandal 1MDB diarah dibubarkan.

Penutupan Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) dan Task Force Klepto Capture itu diumum Peguam Negara AS, Pam Bondi dalam e-mel yang dihantar sehari sebelumnya.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pemulihan itu bukan sekadar melibatkan AS tetapi juga beberapa negara lain termasuk Switzerland, United Kingdom, Hong Kong dan Singapura namun di AS keputusan timbang tara membabitkan Goldman Sachs masih belum diperoleh.

“Di AS ini kita masih merasakan bahawa Goldman Sachs dia buat penyelesaian dengan kita dia masih lagi tidak bayar AS$1.4 billion, perkara itu masih lagi dalam timbang tara jadi kita tunggulah keputusan.

“Kita punya timbang tara dia ada pertikaian dengan perjanjian penyelesaian kerajaan sebelum ini sebanyak AS$1.4 bilion. Janji nak bayar perjanjian dan tandatangan tapi lepas itu dia tak mahu bayar, cuma bayar AS$2.5 bilion jadi kita kena lawan dia (melalui) proses timbang tara,” katanya.

Pada Julai 2020, Kementerian Kewangan berkata Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan tiga urus niaga bon yang diatur untuk 1MDB.

Penyelesaian itu merangkumi pembayaran tunai AS$2.5 bilion (RM10.63 bilion) dan jaminan untuk pengembalian penuh berjumlah sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion (RM5.95 bilion) aset yang berkait dengan hasil yang diseleweng melalui tiga urus niaga bon tersebut.

*Foto : Facebook Kementerian Perladangan dan Komoditi – KPK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.