nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Program Modenisasi Pertanian Orang Asli tingkat produktiviti

12 FEB : Kerajaan memperkenalkan Program Modenisasi Pertanian Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing lebih 8,000 Orang Asli.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu bagi memastikan masyarakat Orang Asli bukan sekadar menerima bantuan tetapi juga diberdayakan untuk berdikari dan maju seiring dengan arus pembangunan negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata program itu bagi membantu Orang Asli di negara ini yang bergantung kepada sektor pertanian dan penternakan sebagai sumber pendapatan utama.

“Program ini menyasarkan untuk memberi manfaat kepada 5,000 penerima dalam tempoh lima tahun dengan menyediakan bantuan kelengkapan pertanian sehingga RM5,000, selain peruntukan RM50,000 bagi membina baharu serta menaik taraf infrastruktur pertanian di kawasan penempatan Orang Asli termasuk sistem pengairan, stor penyimpanan hasil dan rumah hijau.

“Bagi memastikan komuniti ini dapat menerapkan teknologi moden dalam sektor pertanian, Kerajaan juga menyediakan bantuan mekanisasi pertanian sehingga RM15,000,

“Ia merangkumi sokongan untuk jentera kecil dan sistem pengairan automatik serta bantuan integrasi pertanian sehingga RM10,000 bagi pembangunan sistem pertanian bersepadu dan Bantuan Sara Hidup sebanyak RM170 sebulan kepada lebih 2,000 penerima setiap tahun sehingga tanaman sawit berhasil di bawah Program Tanam Semula Ladang Orang Asli,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, JAKOA di bawah kementeriannya melaksanakan Program Pembangunan Usahawan dan Koperasi Orang Asli dalam usaha terus memperkasa masyarakat Orang Asli.

Melalui program itu, taraf sosioekonomi komuniti dapat ditingkatkan dengan Geran Bantuan Bimbingan Usahawan untuk membina premis perniagaan termasuk bengkel dengan kadar tidak melebihi RM50,000.

Selain itu, ia juga melibatkan pemberian bantuan Peralatan dan Mesin Ringan sehingga RM30,000, bantuan Geran Koperasi sehingga RM300,000 bagi setiap permohonan dan bantuan Program Skim Insentif Sokongan Koperasi (SISKOP) yang tidak melebihi RM25,000.

“Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, kerajaan menyasarkan peningkatan 40 peratus dalam kadar pendapatan isi rumah Orang Asli menjelang 2030 sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan dalam komuniti ini secara berkesan.

“Saya percaya bahawa kemajuan masyarakat Orang Asli menjadi tanggungjawab JAKOA yang perlu digerakkan secara bersama sebagai agenda nasional dengan penglibatan sektor swasta, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat,” katanya.

Tambahnya, menerusi pendekatan strategik dan bersepadu itu, beliau yakin masyarakat Orang Asli akan terus maju, berdaya saing dan mampu berdikari dalam arus pembangunan negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.