nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia tiada sebarang hubungan rasmi dengan Afghanistan

13 FEB : Tiada sebarang hubungan rasmi atau kerjasama strategik antara Malaysia dengan Kerajaan Taliban di Afghanistan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata setakat ini Malaysia belum mengiktiraf Pihak Berkuasa De Facto Afghanistan (PBDFA).

Justeru itu katanya, tiada sebarang bentuk perjanjian rasmi atau kerjasama dua hala antara kerajaan dengan Afghanistan dalam bidang pendidikan.

“Lawatan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan ke Malaysia pada tahun lalu bertujuan memberi pendedahan berkenaan sistem pendidikan di negara ini.

“Ini kerana Malaysia sudah lama diiktiraf sebagai salah satu negara Islam yang moden dan progresif dengan sistem pendidikan yang mampan serta inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) berkait hubungan dua hala yang terjalin antara kerajaan Malaysia dan Afghanistan dalam bidang pendidikan.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata lawatan Kementerian Pendidikan Afghanistan itu memberi peluang kepada delegasi mereka untuk memahami lebih lanjut mengenai pendekatan dan amalan terbaik dalam bidang pendidikan yang diamalkan di negara ini.

Dalam jawapan sama, Fadhlina menjelaskan lawatan itu dibiayai sepenuhnya oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang bertanggungjawab menguruskan dana disediakan Kesatuan Eropah untuk menyokong pembangunan kapasiti di Afghanistan.

“Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus mendapatkan nasihat dan panduan daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) yang bertanggungjawab dalam menetapkan dasar hubungan dua hala Malaysia sebelum sebarang bentuk kerjasama dapat dipertimbangkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.