nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia intai peluang sambung penerbangan terus ke Bahrain

20 FEB : Malaysia mengintai peluang Gulf Air untuk mengembalikan penerbangan terus ke Bahrain demi pengukuhan hubungan dua hala, ekonomi dan pelancongan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepentingan hubungan udara antara Malaysia dan Bahrain ditekankan Putera Mahkota Bahrain, Sheikh Salman Hamad Al Khalifa yang juga Perdana Menteri negara itu dalam perbincangan dengannya, semalam.

“Potensi di sini ada, walaupun kita masih menunggu. Kita akan minta (syarikat penerbangan) Gulf Air supaya mengembalikan penerbangan terus (antara Malaysia dan Bahrain).

“Perdana Menteri yang juga Putera Mahkota Bahrain menyebut, minta kita beri perhatian supaya ada hubungan pesawat yang lebih kerap sama ada (oleh) Malaysia Airlines atau syarikat penerbangan lain,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menghadiri Majlis Makan Malam bersama kira-kira 300 diaspora Malaysia di Bahrain, malam tadi.

Pada 2012, Gulf Air menamatkan penerbangan terus antara Malaysia dengan Bahrain menyebabkan pelancong dan ahli perniagaan terpaksa bergantung kepada penerbangan sambungan melalui Doha dan Dubai.

Mengulas lanjut tentang pertemuan dua pemimpin itu, Anwar berkata, Sheikh Salman Hamad dijangka berkunjung ke Malaysia Mei ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Katanya, GCC itu penting bagi Malaysia dan ASEAN untuk meningkatkan bidang pendidikan, pelancongan, pelaburan, kewangan, perbankan Islam dan industri halal.

“Jadi GCC itu adalah satu kawasan yang penting bagi Malaysia dan ASEAN dan insya-ALLAH kita akan tingkatkan dalam semua bidang.

“Kita bincang pendidikan, kecerdasan buatan (AI), pelancongan dan ekonomi,” katanya.

Terdahulu, Anwar menyampaikan ucapan pada Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC) yang dihadiri para ulama dan sarjana Islam dunia.

Anwar ke Bahrain dalam rangka lawatan rasmi sulungnya atas jemputan Putera Mahkota Bahrain yang juga Perdana Menteri, Sheikh Salman Hamad al-Khalifa.

Beliau dijadual menghadap Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa, hari ini.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.