nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AIFA terima, proses 57,782 soalan

24 FEB : Kementerian Komunikasi memaklumkan chatbot AIFA atau ‘Artificial Intelligence Fact-check Assistant‘ menerima dan memproses 57,782 mesej setakat semalam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata secara purata AIFA memproses 2,140 mesej setiap hari.

“Antara yang sering ditanya adalah bantuan kerajaan, isu Covid-19 yang didakwa berlaku di Bukit Mahkota, dakwaan Israel bakal jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa, isu kenaikan tarif elektrik serta isu Mpox di Singapura,” katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melancarkan AIFA pada 28 Januari lalu dalam usaha memerangi berita dan maklumat palsu.

AIFA tersedia dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Dalam pada itu, Fahmi berkata setakat 2022 hingga 1 Februari lalu, 5,026 laman sesawang judi disekat dengan kerjasama penyedia perkhidmatan Internet dan sebanyak 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial diturunkan.

“Dari jumlah tersebut, tiga yang teratas adalah Facebook dengan 93.13 peratus, YouTube 3.5 peratus dan Instagram 2.48 peratus.

“Tindakan penurunan kandungan media sosial dan sekatan laman sesawang ini adalah berdasarkan makluman MCMC yang dibuat berasaskan permohonan rasmi agensi penguatkuasaan serta maklumat dan aduan orang ramai yang diterima MCMC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, katanya, MCMC juga menyekat 316 laman sesawang berunsur pelacuran dan 2,315 kandungan di pelbagai platform media sosial diturunkan.

Katanya, kandungan tertinggi yang diturunkan dari Facebook 44.5 peratus, diikuti TikTok 33.39 peratus dan Telegram 20.13 peratus.

Jelasnya, tindakan itu diambil terhadap kandungan melanggar undang-undang berdasar kepada permohonan rasmi agensi penguatkuasaan serta maklumat dan aduan orang ramai yang diterima MCMC.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, Rabu ini.

“Hasilnya, Rang Undang-Undang ini dapat digubal bersesuaian dengan hasrat industri media untuk menubuhkan sebuah badan yang akan memperkukuh tadbir urus media di Malaysia.

“Ini adalah komitmen kerajaan dalam menjamin kebebasan media,” katanya.

RUU itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 12 Disember 2024 untuk menubuhkan badan kawal selia kendiri demi menjaga kepentingan media dan pengamal media.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.