nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

18,192 kandungan jelik diturunkan sejak 2022

26 FEB : Sejumlah 18,192 kandungan bersifat jelik diturunkan sejak 2022 sehingga 15 Februari lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata lebih 5,000 laman sesawang judi dalam talian juga disekat dan 216,085 kandungan berkait judi di media sosial diturunkan.

“Dari tahun 2022 sehingga 15 Januari 2025, sebanyak 18,192 kandungan bersifat jelik termasuk iklan-iklan di platform media sosial telah diturunkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan Internet manakala 40 laman sesawang telah disekat hasil maklumat dan aduan yang diterima daripada orang awam.

“Dalam tempoh yang sama, sejumlah 5,026 laman sesawang judi dalam talian telah disekat manakala 216,085 kandungan bagi perjudian dalam talian di platform media sosial telah diturunkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan Internet,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiar laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) berkait bentuk kawalan atau pemantauan ke atas iklan-iklan ditayangkan di platform seperti Facebook, Tiktok, Instagram dan Youtube yang bersifat jelik malah mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.

Menurut Fahmi, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited melaksanakan pemantauan proaktif dan mengambil tindakan penguatkuasaan.

“(Tindakan itu) terhadap kandungan dalam talian yang dikenal pasti bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik yang melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“MCMC turut memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi penurunan kandungan media sosial, sekatan laman sesawang dan bantuan teknikal.

“Seperti pembekalan maklumat dan analisis forensik digital bagi mempercepatkan proses siasatan kesalahan perjudian dalam talian di bawah peruntukan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289],” katanya.

Katanya, Kementerian Komunikasi melalui MCMC melancarkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian pada 21 Januari 2025 di Universiti Malaysia Kelantan.

Jelasnya, kempen tersebut bertujuan meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselamatan dalam talian serta bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan dan jenayah dalam talian.

“Jelajah Kempen ini akan diadakan di seluruh negara dengan pengisian pelbagai program yang menyasarkan seluruh lapisan masyarakat dengan memanfaatkan kesemua platform media seperti media sosial, media penyiaran dan media luaran.

“Isu-isu yang menjadi fokus utama kempen ini termasuk isu penipuan, had umur pengguna media sosial, buli siber dan perjudian dalam talian,” katanya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.